VinFast mahu tawan pasaran Amerika!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun baharu sahaja beberapa tahun ditubuhkan dan ketika ini mempunyai tiga model kenderaan - hatchback Fadil, sedan LUX A2.0 dan SUV LUX SA2.0, pengeluar dari Vietnam ini tidak mahu terus menjadi jaguh kampung semata-mata.

Sebaliknya, menurut orang paling kaya di Vietnam, Phan Nhat Vuong berazam untuk membawa Vietnam lebih jauh - kali ini menembusi pasaran Amerika Syarikat!

Memetik laporan Bloomberg, hli perniagaan yang bernilai $9 billion itu mahu melaburkan duitnya sendiri sebanyak $2 billion untuk memastikan VinFast berjaya menakluk pasaran Amerika Syarikat. 

"Azam kami untuk mencipta satu jenama antarabangsa!" jelas Vuong dalam satu temuramah di ibu pejabat syarikat Vingroup JSC. 
 


Walaupun hala tuju VinFast dilihat agak pantas (untuk sebuah jenama yang baharu sahaja beroperasi), namun ia tidaklah semudah itu kerana syarikat kereta nasional pertama Vietnam itu tidak diramalkan untuk memperoleh keuntungan yang tinggi dalam masa lima tahun pertama operasi. 

Apatah lagi ketika ini ketiga-tiga model yang dijual oleh VinFast sebenarnya dijual di bawah paras kos produksi, selebihnya ditanggung oleh Vingroup dengan kos $777 juta setahun selama lima tahun!

"Kami mahu mencipta satu jenama Vietnam yang memiliki reputasi kelas bertaraf dunia, namun cabaran utama adalah Vietnam sendiri tidak mempunyai sebuah produk berjenama antarabangsa.

"Jadi, kami harus mencari satu jalan untuk membuktikan produk Vietnam ini telah pun mencapai satu standard yang tinggi," ujar beliau lagi.
 


Vuong percaya, untuk terlalu bergantung kepada pasaran domestik seperti Vietnam adalah amat sukar kerana pasaran tersebut terlalu kecil, jadi kemasukan ke pasaran yang lebih besar dan bertaraf antarabangsa dijangka bakal memudahkan laluan mereka.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun sekadar meraih skor keseluruhan 4 bintang sahaja, namun VF e34 ternyata mencatatkan…
Berita Global
Majlis menandatangani MOU itu disaksikan oleh Pengurusi CATL, Dr Robin Zeng dan Pengerusi VinFast,…
Berita Global
Electrify America kini mengendalikan kira-kira 3,500 unit pengecas 150 kW dan 350 kW di 800 buah…