VinFast mulakan operasi di Amerika Utara, Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar automotif dari Vietnam kini mengorak langkah memperluaskan pengaruh di peringkat global dengan membuka pejabat operasi di kedua-dua benua Amerika Utara dan Eropah.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Menurut kenyataan pemilik Vingroup kepada Reuters, "VinFast telah pun membuka pejabat di lima pasaran antarabangsa, dan bakal membuka pusat pameran di California. CEO VinFast Amerika Syarikat sudah pun berpindah dari Vietnam ke US.

Untuk tahun 2022, VinFast merancang untuk menjual sehingga 56,000 unit kenderaan elektrik, namun disebabkan krisis kekurangan cip semikonduktor, sasaran tersebut dikurangkan kepada 15,000 unit.

Selain pelancaran dua buah kenderaan elektrik (VF e35 dan VF e36) yang dijadualkan pada Mac tahun hadapan, VinFast juga akan turut memperkenalkan skim pajakan bateri di mana kos bateri tidak akan dimasukkan ke dalam harga jualan kenderaan.

Sebaliknya, pelanggan hanya perlu membayar yuran bulanan yang menyamai kos yang perlu dilaburkan untuk penggunaan petrol sebulan, dan pihak VinFast akan menggantikan pek bateri secara percuma sekiranya kapasiti bateri menurun bawah 70 peratus.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun sekadar meraih skor keseluruhan 4 bintang sahaja, namun VF e34 ternyata mencatatkan…
Berita Global
Majlis menandatangani MOU itu disaksikan oleh Pengurusi CATL, Dr Robin Zeng dan Pengerusi VinFast,…
Berita Global
Electrify America kini mengendalikan kira-kira 3,500 unit pengecas 150 kW dan 350 kW di 800 buah…