VinFast President - SUV mewah, 500 unit sahaja untuk pasaran Vietnam!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif Vietnam VinFast telah melancarkan sebuah model SUV mewah yang dinamakan sebagai President untuk pasaran tempatan baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dihadkan sebanyak 500 unit sahaja, VinFast President dijual pada harga bermula dari VND 3.8 billion (RM681,070) untuk 100 unit pertama, manakala selebihnya menerima tanda harga VND 4.6 billion (RM824,453).

 


Jika anda masih ingat, pada acara Geneva Motor Show tahun lalu VinFast memperlihatkan model Lux V8, dan konsep penggayaan tersebut nampaknya diteruskan pada model President.

Dari segi luaran, ia menampilkan gril hadapan dengan elemen berbentuk V, skup udara pada bonet hadapan, manakala di bahagian belakang pula terdapat jalur LED yang mengikuti elemen V di hadapan.

 


Terdapat sehingga 18 warna yang boleh dipilih untuk dipadankan dengan empat warna aksen iaitu Gun Metal, Metallic Siver, Gold ataupun Copper untuk bahagian seperti kemasan bumper, pintu, ambang pintu, garisan tingkap, rel bumbung dan rim.

Ruang dalaman menampilkan tempat duduk balutan kulit premium Nappa, trim kayu, skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci, skrin kluster digital 7 inci dan sistem audio premium dengan 13 pembesar suara.

 


Walaupun pada asalnya SUV ini merupakan sebuah BMW X5, sumber kuasa pula sebenarnya diperoleh daripada GM, iaitu enjin V8 6.2 liter yang menghasilkan 420 kuasa kuda dan 624 Nm daya kilas.

Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan empat roda kekal menerusi transmisi automatik lapan kelajuan, membolehkan pecutan di persimpangan lampu isyarat sepantas 6.8 saat (0-100 km/j) sebelum mencapai kelajuan tertinggi 300 km/j.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…