Menurut Naib Presiden Jualan Pasaran Asia VinFast, Zachary Mark Hollis berkata "VinFast menyasarkan Indonesia, salah satu pasaran automotif terbesar di Asia Tenggara untuk meluaskan sayap syarikat."
"Apabila memasuki pasaran Indonesia, kami akan menawarkan produk dari pelbagai segmen, dan dalam jangka masa panjang juga akan mewujudkan fasiliti pembuatan khusus untuk EV hingga 50,000 unit setahun."
Dalam pameran IIMS 2024, VinFast membawakan rangkaian modelnya dengan pemanduan belah kanan (RHD) untuk dipamerkan, merangkumi VF e34, VF 5, VF 6, VF 8, dan VF 9.
Menariknya dua model iaitu VF 8 dan VF 9 turut ditawarkan untuk pandu uji, bagaimanapun harga bagi kesemua model itu masih belum diumumkan.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, VinFast telah mengesahkan bahawa mereka akan membina kilang bagi pembuatan model pemanduan sebelah kanan di Indonesia.
Hasil pemasangan dari kilang itu akan dieksport ke pasaran di sekitar Asia Tenggara termasuklah Thailand, Singapura dan juga Malaysia.