VinFast tawar ciri Plug & Charge di jaringan pengecasan Electrify America

oleh Mohamad Hanif|
Untuk membuktikan betapa seriusnya VinFast untuk menawan pasaran Amerika, syarikat automotif Vietnam itu kini bekerjasama dengan Electrify America untuk menawarkan akses Plug & Charge kepada para pemilik kenderaan elektrik VinFast.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Electrify America kini mengendalikan kira-kira 3,500 unit pengecas 150 kW dan 350 kW di 800 buah stesen pengecasan di seluruh Amerika Syarikat.

Ciri Plug & Charge ini membolehkan pemandu menghubungkan peranti pintar kepada kenderaan elektrik mereka, serta menetapkan butiran pengebilan masing-masing menerusi aplikasi mudah alih.

Apa yang perlu dibuat hanyalah pergi sahaja ke mana-mana stesen pengecasan Electrify America, mulakan proses pengecasan dan aplikasi mudah alih itu tadi akan menguruskan segalanya termasuklah pembayaran kos pengecasan.

Setakat ini, VinFast baharu sahaja mendedahkan dua buah model SUV elektrik, iaitu VF8 dan VF9 yang masing-masing mempunyai jarak operasi sejauh 509 km dan 679 km untuk sekali cas penuh.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…