VinFast teroka kemungkinan penyenaraian awam di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun baharu berusia beberapa tahun, namun syarikat automotif kelahiran Vietnam, VinFast sedang mempertimbangkan kemungkinan penyenaraian awam di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah tersebut dilihat mampu menaikkan nilai syarikat kepada $60 juta (RM248 juta).

VinFast dimiliki oleh syarikat konglomerat terbesar Vietnam, Vingroup JSC dan kini sedang bekerjasama dengan Credit Suisse Hong Kong untuk membuat penawaran di New York Stock Exchange.

Menurut spekulasi, VinFast mampu meningkatkan nilai sehingga $3 billion (RM12.4 billion) di Amerika Syarikat, melebihi nilai $1.4 juta yang dicapai oleh Vinhomes JSC pada tahun 2018.

Sehingga artikel ini ditulis, Vingroup masih lagi enggan untuk memberikan sebarang penjelasan.

VinFast hanya mula memproduksikan kenderaan di Vietnam pada tahun 2019, namun syarikat ini kini hadir dengan perancangan untuk memperkenalkan beberapa buah model baharu, termasuklah model kenderaan elektrik.

Menurut Reuters, VinFast telah berjaya menjual kira-kira 30,000 unit kenderaan tahun lalu dan ia dijangka meningkat melebihi julat 45,000 unit pada tahun ini.

Malah, penghantaran model kenderaan elektrik pertama VinFast dijadualkan berlangsung pada Disember ini.

Dengan penyenaraian awam VinFast di Amerika Syarikat, ia merupakan syarikat automotif terkini yang berbuat demikian dalam tempoh 12 bulan selepas Xpeng, Lucid dan Lordstown.

Malah, syarikat pemula EV Rivian juga dijangka akan melakukan langkah yang serupa pada tahun ini.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…