Vingroup catat kerugian US$1 bilion disebabkan prestasi buruk jualan VinFast

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat induk VinFast, Vingroup dilapor mencatatkan kerugian pra-cukai bernilai 23.9 trilion dong (US$1 bilion/RM4.4 bilion).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Nikkei, kerugian tersebut disumbangkan oleh prestasi jualan kenderaan konvensional di Vietnam, selain daripada pelaburan syarikat tersebut di dalam arena kenderaan elektrik.

Sebagai info, tahun lalu VinFast mencatatkan jualan kenderaan berjumlah 35,700 unit, atau peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

Namun begitu, kilang pemasangan VinFast di Cat Hai, Hai Phong yang mula beroperasi pada tahun 2019 sehingga kini masih lagi beroperasi di bawah kapasiti yang sebenar 250,000 unit per tahun.

Menjelang tahun 2022, VinFast akan menghentikan pengeluaran kereta konvensional dan beralih kepada jenama elektrik.

Bertempat di CES 2022 awal tahun yang lalu, VinFast nampak begitu serius untuk menawarkan barisan model-model EV yang mampu mengisi setiap segmen kenderaan (VF5, VF6, VF7, VF8 dan VF9) dengan keupayaan swapandu Tahap 3 dan Tahap 4, serta program langganan bateri yang tersendiri.

Sumber: Nikkei

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk memastikan perancangan itu berjaya, Vingroup bercadang untuk menjual sebanyak 15,000 unit…
Berita Global
Tahun 2020 sepatutnya menjadi tahun pertama negara komunis itu menganjurkan perlumbaan Formula Satu…
Berita Global
Menurut sumber-sumber yang dipercayai, langkah terbaharu itu dilihat bakal memberikan risiko…