Vios Challenge Musim Keenam: Bakat Muda terus Kuasai Pertarungan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pembukaan GR Vios Challenge musim keenam pada 2 perlumbaan pusingan pertama bertempat di Litar Antarabangsa Sepang pada minggu lepas telah menyaksikan dominasi dikalangan pelumba muda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hampir kesemua pelumba muda jelas menunjukkan rentak dalam pemanduan masing-masing bagi menguasai perlumbaan terutama dalam kelas Sporting dan Super Sporting.

 

2

 

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. berkata, “Sukan permotoran bukan sahaja memberi impak mendalam kepada jenama tetapi kami amat gembira bahawa kami telah dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunannya, iaitu dengan kemunculan pemandu muda,”

“Pada permulaan perlumbaan musim ke-6 ini, anda sudah boleh melihat kumpulan pemandu muda yang sangat besar mula menggunakan penguasaan mereka terutamanya dalam kelas Super Sporting dan Sporting untuk profesional dan pelumba amatur. Ini adalah perkembangan yang sangat positif untuk sukan tersebut.”

 

3

 

Permulaan perlumbaan musim keenam pada Sabtu dan Ahad lepas menyaksikan lebih 3.5 juta penonton melalui penstriman secara langsung.

Musim keenam juga menampilkan barisan pelumba yang terdiri dari 5 orang artis baharu, 6 orang rookie baharu dan 45 jumlah keseluruhan jentera di grid.

Berikut merupakan keputusan bagi 2 perlumbaan untuk pusingan pertama Toyota Gazoo Racing Festival musim ke-6:

 

4

 

SUPER SPORTING

(Race 1)

1. Naquib Azlan

2. Eddie Lew

3. Putera Adam

(Race 2)

1. Cheah Min Jie

2. Hayden Haikal

3. Tengku Djan Ley

SPORTING

(Race 1)

1. Nabil Azlan

2. Tarmimi Tahang

3. Bradley Benedict Anthony

(Race 2)

1. Bradley Benedict Anthony

2. Nabil Azlan

3. Abdul Miqail

ROOKIE

(Race 1)

1. Iman Danish

2. Elson Lew

3. Nazmir Azlan

(Race 2)

1. Ariff Azmi

2. Nazmir Azlan

3. Iman Danish

PROMOTIONAL

(Race 1)

1. Zizan Razak

2. Shukri Yahaya

3. Ezzrin Loy

(Race 2)

1. Zizan Razak

2. Shukri Yahaya

3. Ezzrin Loy

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pelumba berusia 26 tahun itu kembali bersaing dalam kelas Super Sporting, dimana dia akan berentap…
Sukan Bermotor
Dalam kelas Super Sporting, pelumba veteran Eddie Liew (Laser Motor Racing) muncul sebagai juara…
Berita Domestik
  Bukan setakat menjadi penganjur, Toyota turut menawarkan Vios yang siap dengan spesifikasi…