Vios Challenge musim kelima saksi pertarungan bapa-anak dalam litar

oleh Mohamad Hanif|
Pusingan pembukaan musim kelima Vios Challenge yang berlangsung baru-baru ini merupakan satu detik istimewa buat pelumba muda Adele Lew dan bapanya, Eddie Lew.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini merupakan kali pertama pasangan anak perempuan dan bapa akan bersaing di dalam mana-mana siri perlumbaan tempatan.

“Ini satu pengalaman yang baharu dan begitu istimewa bagi kami berdua. Bayangkan berapa lama  ayah saya sudah berkecimpung di dalam arena sukan permotoran negara untuk membolehkan saya bersaing dengannya,” kata Adele yang berumur 20 tahun, manakala ayahnya berusia 48 tahun dan merupakan seorang pelumba yang begitu berpengalaman.

Adele merupakan salah seorang dari 6 pelumba muda yang menyertai kategori Rookie dan Program Pembangunan Pelumba Muda GAZOO Racing yang dikendalikan oleh UMW Toyota Motor.

Program tersebut mengetengahkan pelumba-pelumba berusia di antara 16 hingga 20 tahun yang beralih dari sukan go-kart dan perlumbaan simulator ke litar.
 

Adele


Adele mengakui beliau menyertai kategori Rookie dengan pengalaman yang begitu terhad. Malah beliau hanya mula berjinak-jinak dengan sukan go-kart tahun lepas.

“Saya mula meminati sukan permotoran sejak berusia tiga tahun. Saya selalu mengikut ayah ke litar Pasir Gudang di Johor ketika beliau berlumba. Beliau banyak membantu saya membuat persiapan untuk menghadapi perlumbaan pertama saya minggu ini.”

Seorang pelajar di sebuah institut pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur, Adele juga berkata persiapan yang dibuatnya banyak bergantung kepada simulator dan berkomunikasi dengan ayahnya melalui panggilan telefon.

“Kami akan bercakap berjam-jam di dalam talian kerana saya di Kuala Lumpur dan ayah saya Johor. Bila berpeluang berjumpa, beliau banyak mengajar saya teknik-teknik berlumba seperti garisan perlumbaan dan cara-cara membrek. Beliau seorang mentor yang terbaik dan saya harap saya boleh membanggakan beliau dengan prestasi yang terbaik semasa perlumbaan nanti.”

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, hujung minggu tersebut turut dimeriahkan dengan kemunculan jentera lumba Toyota…
Sukan Bermotor
Selain itu, UWM Toyota juga giat dalam menyumbang kepada pembangunan bakat muda di dalam sukan…
Berita Domestik
Bermula dari tahun 2017 hingga 2023, setakat ini sudah lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia…