Vision Mercedes Simplex - imbau kegemilangan Mercedes 35 PS tahun 1901!

oleh Mohamad Hanif|
Konsep retro moden kini bukanlah satu perkara yang asing dalam usaha untuk memperkenalkan model-model baharu ke pasaran, ini kerana kebanyakan pengeluar sudah mula menggunapakai konsep ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tatkala kebanyakan mereka menggunakan garis masa berjulat 50 tahun yang lalu (seperti Honda e, Hyundai 45 Concept dan lain-lain), Mercedes pula mengimbau kembali sejarah kira-kira 110 tahun yang lampau dengan Vision Mercedes Simplex. 
 


Vision Mercedes Simplex merupakan sebuah model konsep roadster retro yang diinspirasikan daripada model Mercedes 35 PS 1901 - jentera moden pertama yang berjaya mendominasi Race Week di Perancis pada ketika itu. 

Menerusi model retro moden ini, Mercedes mahu menetapkan satu standard baharu di dalam mobiliti 'semalam, hari ini dan juga esok'. 
 


Dimulakan dari bahagian luar, Vision Mercedes Simplex menampilkan rekaan gril yang serba ringkas dengan warna rose gold yang mengimbau kembali rekaan radiator gangsa oleh kenderaan awal abad yang lalu. 

Namun, seksyen tengah telah digantikan dengan sebuah paparan digital yang memperlihatkan huruf Mercedes serta animasi yang memaparkan status semasa kenderaan. 
 


Keempat-empat sudut menampilkan tayar jenis freestanding di mana menurut Mercedes - digerakkan oleh sistem pacuan alternatif yang berkemungkinan besar oleh tenaga elektrik. 

Bahagian hud enjin juga tampil dengan rekaan retro yang diikat kemas oleh strap kulit dan buckle berwarna rose gold. 

Oh ya, jentera ini juga tiada windshield dan menampilkan warna dua tona yang menampakkan jentera lumba klasik suatu ketika dahulu. 
 


Memasuki ruang kabin yang mampu menempatkan dua orang ini, rekaan papan pemuka juga sangat ringkas digelar sebagai "Hyper Analogue", di mana sistem paparan minimalis ini hanya akan memaparkan informasi apabila diperlukan sahaja. 

Tidak dilupakan sebuah jam analog di bahagian tengah, serta roda stereng yang dikemasi dengan trim kayu yang menaikkan lagi seri retro Vision Mercedes Simplex ini.