Vladimir Putin hadiahkan sedan mewah Aurus Senat kepada Kim Jong Un

oleh Mohamad Hanif|
Presiden Russia Vladimir Putin telah menghadiahkan sebuah sedan saiz penuh Aurus Senat buatan negara tersebut kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menurut laporan CBS News.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akhbar rasmi Pyongyang, Korean Central News Agency melaporkan Kim telah dihadiahkan sebuah kereta buatan Russia untuk kegunaan peribadi oleh presiden Russia sendiri.

Kim Jong Un telah dipelawa untuk menaiki kereta mewah tersebut dalam lawatannya ke Russia pada September lepas.
 

A


Adik kepada Kim Jong Un, Kim Yo Kong menjelaskan “hadiah tersebut melambangkan hubungan istimewa antara pemimpin tertinggi bagi kedua-dua buah negara.”

Dalam pada itu, Menteri Luar Korea Selatan mendakwa pemberian tersebut telah melanggar undang-undang sekatan yang dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara yang melarang pembekalan beberapa kategori kenderaan termasuklah kereta mewah.
 

aurus


Aurus Senat merupakan jawapan Russia kepada kereta mewah Rolls-Royce dengan membawakan rupa paras luaran yang hampir sama.

Ia dikuasakan oleh enjin bentangan V8 4.4 liter turbo berkembar hibrid berkuasa 590 hp dan daya kilas 880 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan.
 

aurus


Selain daripada Aurus Senat, terdapat juga penawaran SUV dengan rupa paras seakan Rolls-Royce Cullinan, iaitu Aurus Komendant dengan membawakan enjin dan transmisi yang sama seperti model sedan Senat.

Baca: Aurus Senat
Baca: Aurus Komendant

Sumber: CBS News

Berita Berkenaan

Berita Global
Sedan yang bakal menjadi kenderaan rasmi Presiden Vladimir Putin itu kini dilaporkan sudah pun…
Berita Global
Pembuat limosin berperisai khas untuk Presiden Russia, Aurus kini sedang cuba untuk meluaskan…