Volk Racing TE37 Saga S-Plus kini tersedia dalam saiz 19 inci, dari RM3.7k di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Rim popular di kalangan pemilik kereta JDM, Volk Racing TE37 Saga S-Plus kini tersedia dalam saiz baharu 19 inci.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, rim tempa TE37 Saga S-Plus ini mula diperkenalkan pada tahun 2016 sebagai satu evolusi daripada rim Volk Racing TE37 yang telah wujud sejak dari tahun 1996 lagi.
 

S-PLUS


Ia masih lagi mengekalkan identiti rim enam jejari yang sangat ikonik itu, diikuti dengan tahap ketegaran dan kekuatan yang tinggi, serta ukiran logo tiga dimensi.

Kehadiran roda saiz 19 inci baharu itu menjadikan rim ini sangat sesuai untuk dipadankan pada mana-mana kereta domestik Jepun seperti Honda Civic Type R, serta kereta import seperti Porsche 911, Porsche Cayman, BMW Z4 dan Range Rover Evoque.
 

S_LUS


Rim TE37 Saga S-Plus ini boleh didapati dalam warna standard Diamond Dark Gunmetal dan Bronze, serta 15 warna opsyen yang boleh dipilih.

Harga jualan bermula dari 115,500 yen hingga 126,500 yen (RM3,702 hingga RM4,054) dan boleh dibeli bermula Mac ini.