Volkswagen akan tukar logo baharu - lebih ringkas, lebih minimalis

oleh Mohamad Hanif|
Acara Frankurt Motor Show tahun ini bakal menyaksikan beberapa perkara menarik yang hadir daripada jenama Jerman yang satu ini, Volkswagen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari kumpulan Volkswagen, Porshe bakal memperkenalkan kereta elektrik pertama mereka, SEAT pula dengan kereta berprestasi tinggi (juga kuasa elektrik) dan Volkswagen itu sendiri dengan pengenalan ID.3 hatchback. 

Bukan itu sahaja, jenama Volkswagen itu akan mengalami transformasi penjenamaan semula menerusi penukaran logo baharu pada tahun ini!

Mahu bangkit semula daripada kegagalan yang lalu, Volkswagen mahu logo baharu ini bakal memberikan satu impresi baharu terhadap era baharu jenama itu.

Logo baharu VW itu akan diberikan nafas minimalis, reka bentuk dua dimensi dan lebih berwarna-warni (?) selain menampilkan motto baharu "New Volkswagen". 
 


Menurut Volkswagen lagi, idea logo baharu ini dihasilkan oleh pakar pemasaran dan pereka yang mengumpulkan input-input daripada kesemua staff, dan bakal menjanjikan satu kelainan daripada apa yang diberikan oleh Volkswagen sebelum ini. 

Dengan pengenalan logo baharu ini, Volkswagen akan mula menggantikan logo-logo sedia ada bermula dari HQ di Wolfsburg dan para pengedar di seluruh Eropah. 

Sementara itu, China akan mula ikut jejak langkah pada Oktober ini manakala yang lain akan memulakan penukaran tersebut pada tahun hadapan. 

Secara keseluruhannya, Volkswagen perlu menggantikan kira-kira 70,000 buah logo asal VW dari 100,000 buah fasiliti di serata dunia!

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…