Volkswagen bakal henti jual sedan Passat, Arteon di Eropah!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam dunia di mana populariti sedan kini semakin menurun, sebuah lagi model sedan bakal menerima nasib dihentikan penjualannya di Eropah pada akhir tahun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang dimaksudkan adalah Volkswagen Passat sedan, di mana penjualannya terpaksa dihentikan akibat kalah kepada   Skoda Superb, selain daripada populariti SUV yang kian meningkat.

Namun, usah risau kerana model Passat Variant (station wagon) masih lagi akan terus dijual dan ditawarkan pada generasi berikutnya.

Ini kerana VW sendiri mahu mengurangkan risiko kanibalisme, di mana Skoda Superb lebih dikenali sebagai model paling popular disebabkan tahap praktikaliti serta susun atur yang ditawarkan.

Menurut Volkswagen, Skoda Superb generasi baharu dijangka lebih popular di kalangan pelanggan di Eropah Tengah dan Eropah Timur di mana sedan masih lagi popular, manakala model wagon Passat pula lebih popular di kalangan pelanggan Eropah Barat.

Selain daripada model Passat, sebuah lagi model yang bakal dihentikan penjualannya dan tidak akan diteruskan pada generasi baharu adalah Arteon yang kini ditawarkan dalam versi liftback dan Shooting Brake.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…