Volkswagen dan Rivian jalin kerjasama dalam EV!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen - Rivian JV
Volkswagen - Rivian JV
Pada Jun lalu Kumpulan Volkswagen (VW) dan Rivian Automotive mengumumkan hasrat untuk menjalin kerjasama bagi menghasilkan Kenderaan Berasaskan Perisian (SDV).

Kumpulan VW akan melabur AS$1 bilion (RM4.48 bilion) buat permulaan sebelum ditingkatkan kepada AS$5 bilion (RM22.41 bilion) secara keseluruhan.

Ini pula perkembangan terbaru. Rivian dan VW telah memeterai perjanjian usahasama baharu melalui penubuhan Rivian and VW Group Technology, LLC.

Usahasama ini akan diketuai Wassym Bensaid dari Rivian dan Carsten Helbing dari VW.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov
Oliver Blume, CEO Volkswagen Group, Carsten Helbing, designated future co-CEO of the joint venture, Wassym Bensaid, co-CEO of the joint venture, RJ Scaringe, Founder and CEO of Rivian

 

Pada peringkat awal, syarikat akan berpusat di Palo Alto, California, Amerika Syarikat dan seterusnya di tiga lokasi di Amerika Utara dan Eropah.

Dengan menggabungkan kepakaran masing-masing, kedua-dua syarikat merancang untuk mengurangkan kos pembangunan.

Syarikat juga mahu mengembangkan teknologi baharu secepat mungkin.

Usahasama ini melibatkan penggunaan seni bina elektrik dan set teknologi perisian Rivian sedia ada dan membolehkan pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) Rivian R2.

 

Rivian

 

Giliran model dari Kumpulan VW pula dijangka seawal 2027. Satu yang menarik ialah kakitangan Rivian dan VW telah berjaya menghasilkan kenderaan demonstrasi.

Sebuah model dari Kumpulan VW dimuatkan dengan teknologi dari Rivian dan hanya memakan masa 12 minggu sahaja.

Perincian kerjasama Kumpulan VW dan Rivian:

  • Menghasilkan seni bina elektrik dan perisian untuk Kenderaan Berasaskan Perisian (SDV)
  • VW merancang untuk melabur sehingga AS$5.8 bilion (RM25.99 bilion) di dalam Rivian dan usahasama menjelang 2027
  • Pelaburan awal AS$1 bilion (RM4.48 bilion) dalam bentuk nota boleh tukar (convertible note) telah dibuat
  • Pada penutupan usahasama (usahasama secara rasmi bermula), VW akan melabur kira-kira AS$1.3 bilion (RM5.82 bilion) sebagai pertimbangan untuk lesen harta intelek (IP) dan 50% pegangan di dalam syarikat usahasama
  • Pelaburan ini juga menyeimbangkan sebahagian daripada kos masa depan yang lebih rendah yang dikenal pasti semasa ujian kebolehlaksanaan teknikal serta perkongsian kos untuk penglibatan model MEB VW yang terpilih
  • Baki pelaburan sebanyak AS$3.5 bilion (RM15.68) dijangka akan dibuat dalam bentuk pegangan, nota boleh tukar dan hutang pada masa depan dan berdasarkan pencapaian yang ditetapkan
  • Pelaburan seterusnya akan berdasarkan pencapaian operasi, teknikal dan kewangan yang jelas
  • Usahasama ini akan beroperasi sebagai syarikat bebas

 

Volkswagen ID. Buzz GTX 2024

 

Di sebalik usahasama ini, kedua-dua syarikat sebenarnya telah mempunyai sejumlah kenderaan elektrik di pasaran.

VW mempunyai ID.3, ID.4, ID.5, ID.6, ID.7, ID. Buzz dan sedang membangunkan model mampu milik dan ID. GTI.

Rivian pula menawarkan pikap R1T dan SUV R1S. Rivian juga mempunyai van penghantaran EDV dan telah ditempah sebanyak 100,000 buah oleh Amazon.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Rivian R1T

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka Bentuk Luaran Baharu     Generasi kedua T-Roc menampilkan reka bentuk yang lebih ekspresif…
Berita Global
E/E Architecture ini dibangunkan secara bersama dengan konsep modular dan sistem komputer pusat (…
Uncategorized
  Syarikat juga bertindak sebagai pengimport dan pengedar tunggal kenderaan Bugatti dan Rimac di…