Pengunjung berpeluang untuk memandu uji pelbagai model Volkswagen, menikmati rebat dan tawaran hebat ke atas kereta baharu serta terpakai.
Tawaran termasuklah rebat Baucar Merdeka sebanyak RM1,000 ke atas semua tempahan yang dibuat di acara ini dan “Starbuys” seperti model Passat Comfortline 1.8TSI pada harga RM114,888.
Promosi juga ditawarkan ke atas rangkaian model Tiguan dan Passat yang kini hadir dengan penyelanggaraan lanjutan percuma dari tiga tahun kepada lima tahun. Di samping kadar faedah serendah 1.88 peratus setahun untuk pembeli kereta baharu sebelum 31 Disember 2019.
Terdapat tiga kawasan khas yang boleh dikunjungi oleh orang ramai.
Kawasan Volks Auto untuk melihat dan memandu uji model-model Volkswagen. Ia juga memberi kemudahan kepada mereka yang ingin menjual kenderaan sedia ada dan mendapatkan sebuah Volkswagen.
Khidmat penilaian kereta secara percuma dan pemeriksaan pinjaman yang pantas oleh sebuah bank panel pasti membantu dalam permohanan pinjaman. Pemilik kenderaan yang sudah mendaftar secara dalam talian boleh memeriksa kereta mereka secara percuma dan mengetahui promosi servis yang ditawarkan di ruang Selepas Jualan.
Ruang Volks Lawn pula untuk pameran kereta klasik dan terkini Volkswagen, aktiviti menaiki belon udara panas, hiasan seni yang mencantikkan lagi foto Instagram anda serta stesen permainan interaktif yang pastinya disukai oleh seisi keluarga.
Sementara kawasan Volks Park pula untuk pengunjung menikmati hidangan yang ditawarkan oleh trak makanan yang turut mengambil bahagian. Terdapat juga Kombi Bazaar dan persembahan kumpulan busker di sesi riadah dan rehat.
Volkswagen Fest 2019 ini bakal berlangsung mulai 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Centre di Shah Alam.
Volkswagen Fest ini akan dibuka pada jam:-
• 10am – 10pm (Jumaat)
• 10am – 10pm (Sabtu)
• 10am – 8pm (Ahad)
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my