Volkswagen Golf GTI 2023 - kini dengan ciri bantuan pemandu IQ.Drive, dari RM244,990

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini secara rasmi melancarkan hot hatch Golf GTI dengan ciri bantuan pemandu IQ.Drive yang inovatif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem IQ.Drive ini merangkumi ciri seperti Travel Assist, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) yang menggunakan radar, ciri pemantauan titik buta (Side Assist), dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), brek kecemasan autonomi (Front Assist) yang turut mengesan kehadiran pejalan kaki dan penunggang basikal.

Selain itu, terdapat juga fungsi bantuan pengelakan lorong (Lane Assist) dan pengekalan lorong adaptif (Adaptive Lane Guidance) yang dikatakan mampu belajar daripada corak pemanduan pemandu itu sendiri.

Golf GTI membawakan penambahbaikan lain seperti lampu kabus, cermin sisi boleh laras beserta dengan fungsi pemanas, tujuh beg udara, slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar dan sulaman logo GTI pada tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.
 

Golf


Dari segi kuasa, VW Golf GTI 2023 ini membawakan nadi turbo berkuasa 245 PS dan daya kilas 370 Nm, dipadankan dengan ciri keselamatan seperti ESC, Post Collision Braking System, serta kekunci pembeza elektronik (XDS) yang direka untuk menambah baik aspek cengkaman dan mengurangkan kesan understeer.

Antara ciri lain yang dimuatkan pada Golf GTI termasuklah rim Richmond bersaiz 18 inci, skrin Digital Cockpit 10.25 inci, skrin Discover Media 10 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem pencahayaan ambien 30 warna, kawalan iklim Climatronic tiga zon dengan penapis Air Care, ruang kargo seluas 374 liter, serta indikasi tekanan tayar.

Untuk pasaran Malaysia, VW Golf GTI 2023 ini boleh didapati pada harga bermula dari RM244,990, di mana tempahan dan sesi pandu uji boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan https://www.volkswagen.com.my/the-all-new-golf/golfgti

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan…
Berita Global
Volkswagen baru-baru ini mengumumkan model baharu Golf GTI 380 2024 yang merangkap model terakhir…
Berita Global
Terlalu moden sehinggakan ada kalanya ia mampu menjadikan operasi di dalam sesebuah kenderaan…