Volkswagen Golf GTI 2024 – Lima perkara yang perlu anda tahu

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen baru-baru ini telah mengemaskini penawaran Golf GTI menerusi model Golf GTI 2024 facelift.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan penambahbaikan pada aspek mekanikal hot hatch itu sendiri.

 

1.    Enjin lebih berkuasa

Golf


Golf GTI 2024 masih mengekalkan penggunaan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo EA888, namun kini lebih berkuasa.

Secara standard, Golf GTI mampu menghasilkan 261 hp, peningkatan sebanyak 20 hp yang memacu roda hadapan.

 

2.    Tiada lagi kotak gear manual

Golf


Ya, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Volkswagen Golf GTI tidak lagi ditawarkan dalam varian manual, sebaliknya ditawarkan eksklusif dalam versi automatik DSG tujuh nisbah kelajuan.

 

3.    Rekaan luaran yang lebih sporti

golf


Volkswagen turut membawakan perubahan pada rupa luaran hot hatch ini.

Seperti contoh, rekaan lampu utama yang telah dibentuk semula, diikuti dengan rekaan lampu belakang yang menampilkan grafik baharu.

Rekaan rim juga dilihat mengambil inspirasi daripada rekaan rim Golf yang terdahulu.

 

4.    Pertama kali Golf GTI dapat trim karbon

golf


Untuk pertama kalinya, Volkswagen akan menawarkan varian GTI dengan trim gentian karbon asli pada ruang kabin.

Selain daripada itu, GTI kini membawakan skrin infotainmen baharu yang telah dipertingkatkan, diikuti dengan butang kawalan fizikal pada roda stereng.

Bukan itu sahaja, susun atur menu pada skrin juga telah diringkaskan untuk memudahkan urusan pemilihan fungsi yang terkandung.

 

5.    15 pilihan warna

golf


Akhir sekali, Volkswagen Golf GTI boleh dilayangkan dengan pilihan 15 warna luaran – tambahan empat warna berbanding model terdahulu – serta pilihan bumbung hitam.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kuasa? Enjin EA888 LK3 evo4 2.0 liter turbo menghasilkan 300 ps dengan daya kilas 400Nm dan…
Berita Global
Volkswagen baru-baru ini mengumumkan model baharu Golf GTI 380 2024 yang merangkap model terakhir…
Berita Domestik
Sistem IQ.Drive ini merangkumi ciri seperti Travel Assist, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) yang…