Ditawarkan pada harga pengenalan RM243,990.00 (termasuk Volkswagen Assurance Package), pembeli akan menikmati penjimatan sebanyak RM15,000.00 daripada harga runcit asal RM258,990.00.

Penampilan Agresif dan Aksesori Eksklusif


Golf GTI Black Edition dibina dengan elemen hitam menyerlah yang membezakan dirinya daripada varian biasa. Ini termasuk rim 18-inci Black Richmond, logo ‘BLACK’ pada tiang B, serta lip depan, diffuser belakang, side skirt dan cermin sisi berwarna hitam. Ia juga dilengkapi pelindung haba tingkap (tint) yang mematuhi peraturan JPJ.
Model ini hadir dalam dua warna luar menawan – Deep Black dan Kings Red dan dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia.
Ciri Premium untuk Pemanduan Seharian
Ruang dalaman pula menampilkan sistem rakaman pemanduan hadapan dan belakang Universal Traffic Recorder 2.0 (UTR2.0) yang dikuasakan sensor Sony “Starvis” – menawarkan rakaman dua kali ganda kualiti QHD walaupun dalam keadaan cahaya rendah.
Antara ciri tambahan lain termasuk:
-
Cargo organiser berpelekat velcro

-
Tikar lantai edisi khas Black Edition
-
Kotak pemilik eksklusif bersama pemegang kunci Volkswagen dan sijil pengesahan keaslian.
Pakej Jaminan Volkswagen
Seperti biasa, pembeli akan menerima perlindungan menyeluruh termasuk:
-
7 tahun penyelenggaraan percuma
-
5 tahun jaminan tanpa had perbatuan
-
5 tahun bantuan tepi jalan percuma
Kemunculan Umum Pertama di Malaysia Autoshow 2025
Volkswagen Golf GTI Black Edition akan dipamerkan kepada umum buat pertama kali di Malaysia Autoshow 2025, yang berlangsung di MAEPS Serdang dari 9 hingga 15 Mei ini. Tempahan kini dibuka di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, layari: www.volkswagen.com.my
