Kuasa? Enjin EA888 LK3 evo4 2.0 liter turbo menghasilkan 300 ps dengan daya kilas 400Nm dan sama seperti model sebelum ini.
Tenaga enjin dihantar ke jalan melalui pengunci pembeza depan kawalan elektronik. Kawalan Casis Dinamik (DCC) boleh suai (adaptive) ditawarkan sebagai pilihan.
Pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer memerlukan 5.6 saat dan kelajuan dihadkan kepada 250 km/j atau 267 km/j melalui pakej Race.
Satu ciri khusus untuk Golf GTI Clubsport ialah mod pemanduan Special dengan tetapan untuk permukaan litar yang tinggi rendah seperti Nürburgring.
VW membuat penetapan khas pada gerakan menaik DCC dan mengubah suai dinamika sisi (lateral) sistem Pengurusan Dinamik Kenderaan.
Dari segi penampilan, memang jelas inilah GTI Clubsport dengan sepit ketam yang semakin tebal.
Buat kali pertama, model ini juga menggunakan logo yang bernyala seperti model-model baharu VW yang lain.
Spoiler tinggi di belakang memastikan daya mendap tertinggi dapat dicapai. Gugusan lampu belakang LED turut direka semula.
Pada bahagian sisi, rim 19 inci menonjolkan lagi penampilan dan mengingatkan pada rim Detroit yang diperkenalkan pada Golf GTI Mk5.
Selain rim standard, pelanggan ditawarkan rim tempa 19 inci Warmenau dengan berat lapan kilogram untuk setiap satu.
Rim lebih ringan dapat mengurangkan berat tak berpegas dan meningkatkan prestasi.
Sistem kawalan dan pelbagai fungsi boleh ditetapkan melalui stereng dengan butang fizikal (bukan jenis sentuh) dan sistem maklumat hibur baharu.
Satu lagi teknologi canggih pada model baharu VW dan GTI Clubsport ialah penyepaduan sistem bantuan suara IDA dengan ChatGPT.
Selain kekal dengan enjin pembakaran dalaman tanpa bantuan elektrik, Golf GTI perlu dihargai rakyat tempatan kerana dipasang di Pekan, Pahang.
Volkswagen juga sudah mula menjual Golf R yang turut dipasang di Pekan dan kilang kedua selepas Jerman.
Penulis: Muhammad Md Tajudin