Volkswagen Golf MK9 bakal menjadi EV

oleh Penyumbang Rencana|
Golf merupakan hot hatch popular dari Volkswagen yang sentiasa menjadi kegilaan peminat kereta berjiwa kelajuan di luar sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak lapan generasi Golf telah pun dihasilkan, kesemuanya mempunyai kejayaan dan peminat tersendiri. 

Menurut CEO Volkswagen Passenger Cars, Thomas Schafer, model Golf untuk generasi kesembilan bakal didatangkan dengan kuasa elektrik, selaras dengan rancangan syarikat itu untuk mengekalkan nama Golf mengikut perubahan ke arah kenderaan sifar pelepasan.

Pengeluaran VW Golf MK8 dijangka bakal dihentikan sekitar tahun 2027-2028, model Golf dikatakan bakal menjadi sebahagian dari barisan EV Volkswagen ID.

Ia pastinya sesuatu yang mengecewakan peminat kereta dengan enjin pembakaran dalaman tulen untuk melihat salah satu ikon dalam dunia permotoran menggunakan nadi elektrik.
 

ev


ID merupakan nama yang digunakan Volkswagen untuk model EV yang mereka hasilkan. Singkatan ID bermaksud "intelligent design, identity, and visionary technologies".

Thomas Schafer berkata pada Autocar, "Kami memiliki nama jenama ikonik, iaitu Golf dan GTI. Ianya sesuatu yang gila untuk membiarkan nama itu bersara dan mati. Kami akan berpegang kepada logik ID, tetapi model ikonik akan membawa nama."

Beliau juga menjelaskan bahawa Golf tidak akan menjadi pengganti untuk Volkswagen ID 3, hal ini kerana kedua-dua model itu dianggap sebagai kereta yang berasingan dari segi saiz dan kedudukan.

Jika dilihat pada barisan model EV Volkswagen sedia ada, Golf generasi baharu akan diletakkan di antara model kereta bandar ID 2 dan ID 3 pada masa akan datang. 

Golf baharu juga mungkin bakal dibina menggunakan platform Scalable Systems Platform (SSP), menggantikan platform MEB EV sedia ada pada tahun-tahun akan datang.

Sumber: Autocar

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun boleh dikatakan sebagai salah seorang pelumba yang berjaya, sepanjang karier Formula 1,…
Berita Global
Menurut CEO Volkswagen Passenger Car, Thomas Schäfer dalam satu hantaran di LinkedIn mengumumkan…
Berita Global
    Sebagai contoh Volkswagen melengkapi Golf (Eropah) dengan beg udara di bahagian tengah.…