Volkswagen I.D. R pecah rekod dua kali berturut-turut di Goodwood FOS 2019!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun lalu, Volkswagen sekali lagi membawakan jentera berkuasa elektrik sepenuh masa, VW I.D. R dengan kuasa 680 hp dan 649 Nm ke acara Goodwood Festival of Speed. 

Dalam acara tahun lalu, jentera I.D. R ini berjaya mencatatkan rekod terpantas 43.86 saat dengan pelumba Perancis, Romain Dumas menyahut cabaran tersebut. 

Tahun ini, Volkswagen kembali ke acara tahunan tersebut dan siapa sangka, pasukan tersebut bukan sahaja memecahkan rekod sekali, akan tetapi dua kali berturut-turut sekaligus menobatkan Volkswagen I.D. R sebagai jentera terpantas di acara Hill Climb. 

Pada hari pertama (digelar sebagai pusingan pemanas badan), Romain Dumas dengan senang mencatatkan masa 41.18 saat. 
 


Namun, rekod tersebut tidak kekal lama apabila pemandu tersebut kembali pada hari berikutnya dan berjaya memecahkan rekod sendiri dengan catatan masa 39.9 saat!

Catatan ini sekaligus memecahkan rekod terpantas yang diperoleh pada 20 tahun lalu menerusi jentera Formula One McLaren MP4/13 yang dipandu oleh Nick Heidfeld pada tahun 1999. 

Volkswagen I.D. R merupakan sebuah jentera prototaip berkuasa elektrik sepenuh masa yang dikuasakan oleh motor elektrik berkembar (680 hp, 649 Nm), sistem pacuan semua roda, berat hanya sekitar 1,100 kg, dan mampu memecut dari pegun ke 97 km/j dalam masa 2.25 saat sahaja. 

Dengan spesifikasi yang sedemikian, tidak menghairankan apabila Volkswagen I.D. R berjaya membenamkan rekod terpantas NIO EP9 dengan catatan masa 6:05.336, menjadikannya jentera elektrik terpantas di Litar Nurburgring

Saksikan aksi Volkswagen I.D. R di Goodwood Festival of Speed 2019.