Volkswagen ID. UNYX khusus untuk China, jarak pandu lebih 600 km!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen ID. UNYX
Volkswagen ID. UNYX
Saingan kenderaan elektrik (EV) di China memang hebat sehingga dibawa ke luar negaranya sendiri.

Walaupun begitu, beberapa pengeluar tradisi mengambil sikap berhati-hati dan tidak terlalu agresif dalam mengikuti perlumbaan tersebut.

Berada di dalam kelompok pengeluar kereta terbanyak di dunia, Kumpulan Volkswagen tidak boleh mengambil sikap sebegitu dan perlu membuat sesuatu.

Volkswagen misalnya mempunyai sejumlah model EV khusus dari siri ID. termasuk varian berprestasi GTX.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Volkswagen ID.Unyx 2024

 

VW juga sedang membangunkan model kompak ID.2 pada harga mampu milik.

Satu lagi strategi VW ialah memperkenalkan ID. UNYX, produk pertama dari subjenama baharu juga dengan nama sama.

ID. UNYX merupakan satu daripada strategi In China, for China Volkswagen dan kenderaan utiliti sukan (SUV) coupé ini dibuat untuk pelanggan di sana.

Pengguna di Eropah terlebih dahulu dapat merasainya kerana ID. UNYX diasaskan dari Cupra Tavascan. Bentuknya juga menarik dan selari dengan EV lain dari China.

 

Volkswagen ID.Unyx 2024

 

ID. UNYX dilahirkan di pusat inovasi dan pembangunan baharu VW di Hefei. Pusat itu khusus untuk membangunkan EV pintar generasi baharu untuk pasaran China.

ID. UNYX turut dikeluarkan di Hefei yang juga satu daripada kilang EV tercanggih Kumpulan Volkswagen. Untuk makluman, Tavascan terlebih dahulu dipasang di Hefei.

Dari segi keupayaan, varian permulaan ID. UNYX digerakkan motor elektrik pada gandar belakang dan memiliki kuasa 210 kilowatt (286 ps).

Motor itu dikuasakan oleh bateri 77 kilowatt-jam (kWj). Jarak pemanduan pula sehingga 621 kilometer (km) (CLTC).

 

Volkswagen ID.Unyx 2024

 

Sebuah lagi varian menggunakan dua motor untuk pacuan semua roda. Kuasa lebih tinggi iaitu 250 kW (340 ps).

Sebagai perbandingan, Tavascan Endurance dengan kuasa 210 kW (286 ps) dan tork 545Nm boleh dipandu sehingga 568 km (WLTP).

Tavascan VZ 4WD pula berkuasa 250 kW (340 ps) dan jarak pemanduan 522 km. Pecutan 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 5.5 saat

 

Volkswagen ID.Unyx 2024

 

Dari segi rekaan, ID. UNYX tidak menyalin bulat-bulat Tavascan dan perbezaan boleh dilihat pada bahagian depan, belakang dan konsol tengah papan pemuka.

ID. UNYX direka secara teknikal dan visual untuk pelanggan muda di bandar-bandar China. 

Mengikut perancangan, VW mahu menambah empat lagi model ID. UNYX dalam tempoh tiga tahun akan datang termasuk SUV dan sedan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volkswagen ID.Unyx 2024