Volkswagen ID.5 2022 muncul sebagai alternatif kepada ID.4

oleh Mohamad Hanif|
September tahun lalu, Volkswagen telah melancarkan secara rasmi penawaran crossover elektrik ID.4 dengan jarak operasi sejauh 402 km.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada para pengguna, Volkswagen membawakan pula sebuah lagi crossover elektrik ID.5 - kali ini dalam bentuk coupe dengan garis bumbung yang lebih rendah.

Dari segi casis, ID.5 sememangnya berkongsi pelantar MEB dengan model ID.4 dengan ukuran jarak antara roda dan panjang keseluruhan yang sama.
 

ID.5


Namun, tidak seperti ID.4 yang hadir dalam dua pilihan pek bateri, ID.5 hanya muncul dengan satu varian pek bateri sahaja, iaitu 77 kWh yang dipadankan dengan satu atau dua motor elektrik.

Volkswagen ID.5 Pro dan Pro Performance masing-masing didatangkan dengan motor elektrik pada gandar belakang, namun dengan output yang berbeza, di mana ID.5 Pro mampu menghasilkan 171 hp dan pecutan 0-100 km/j sepantas 10.4 saat.

Sementara ID.5 Pro Performance pula mampu menghamburkan kuasa setinggi 201 hp dan pecutan 0-100 km/j pula boleh diselesaikan dalam masa 8.4 saat sahaja.
 

GTX


Varian paling berkuasa, ID.5 GTX (ibarat varian GTi) pula didatangkan dengan konfigurasi motor elektrik berkembar, sistem pacuan semua roda, output kuasa setinggi 295 hp dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.3 saat.

Kelajuan tertinggi dihadkan kepada 180 km/j, sementara dua varian terendah itu tadi mampu mencapai kelajuan maksimum 160 km/j sahaja.

Jarak pemanduan adalah sejauh 520 km mengikut data kitaran WLTP, sementara versi GTX pula mampu mencapai 480 km untuk sekali cas penuh.
 

GTX


Menurut VW, turut membantu ID.5 mencapai jarak pemanduan sejauh itu adalah kadar pekali seretan 0.26, atau 0.02 lebih baik berbanding model ID.4.

Disebabkan garis bumbung yang lebih rendah, ID.5 menawarkan ruang kargo sebesar 549 liter sehingga 1,561 liter, sedikit kecil berbanding model ID.4 (848 liter hingga 1,817 liter).

Ruang kabin ID.5 membawakan susun atur yang sama seperti model ID.4, namun model GTX pula membawakan kemasan huruf 'GTX' berliang pada bahagian tempat duduk.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Caranya? Buat pusingan satu Amerika Syarikat dengan melawat tidak kurang daripada 628 buah pengedar…
Model Terbaharu
Tidak seperti ID.4 standard, Volkswagen ID.4 GTX (lencana lama yang dihidupkan kembali) mendapat…