Volkswagen lancar rangkaian model siri JOIN, 25 unit terhad - hanya di Lazada

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan rangkaian ‘JOIN’, satu siri model edisi khas yang disasarkan kepada pelanggan yang ingin lebih menonjol.
Kawasaki Legend Reborn

Rangkaian ‘JOIN’ ialah pakej aksesori yang ditawarkan ke atas model-model utama Volkswagen seperti Polo, Vento Comfortline dan Highline, Tiguan Highline serta Passat Comfortline. Aksesori ‘JOIN’ merangkumi plat sisi, spoiler belakang, kemasan trunk, VW Tint dan pelbagai penambahan eksklusif bernilai sehingga RM12,000 bergantung kepada model. 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa rangkaian ‘JOIN’ mengukuhkan lagi komitmen Volkswagen untuk menawarkan pilihan produk yang lebih luas kepada pengguna di Malaysia. 
 


“Walaupun model-model utama kami sudahpun popular, kami percaya pelanggan tetap mahukan sentuhan yang eksklusif ke atas kereta mereka. Pengenalan rangkaian ‘JOIN’ dan model-model edisi khas lain merupakan sesuatu yang sering kami laksanakan dalam usaha memberi pilihan serta nilai tambah kepada para pelanggan.” 

Sempena pengenalan rangkaian ‘JOIN’, Volkswagen dan Lazada sekali lagi bekerjasama untuk menyediakan satu tawaran istimewa kepada rakyat Malaysia. Sebanyak 25 unit model JOIN akan dijual secara eksklusif di laman web Lazada bermula 12 hingga 18 Oktober 2018. Pelanggan hanya perlu membayar harga kereta untuk menerima pakej aksesori ‘JOIN’ secara percuma.  

Untuk membuat tempahan, pelanggan perlu membuat bayaran sebanyak RM799 (untuk model Polo JOIN dan Vento JOIN) atau RM1,699 bagi model Passat Comfortline JOIN dan Tiguan JOIN menerusi Lazada Wallet, kad kredit atau perbankan dalam talian.

Kemudian, mereka akan menerima panggilan daripada wakil Volkswagen untuk memilih pengedar yang diingini, seterusnya melengkapkan urusan pendaftaran dan penyerahan kenderaan tersebut. 
 


Mereka yang berminat membeli mana-mana model dengan pakej ‘JOIN’ boleh melayari laman web: https://www.lazada.com.my/shop/volkswagen-passenger-cars-malaysia/  untuk maklumat lanjut. 

 

Volkswagen Polo JOIN


Pilihan warna: putih (Candy White), kelabu (Carbon Steel Grey), merah (Flash Red) dan perak (Reflex Silver)

Aksesori tambahan: plat sisi, kemasan trunk, spoiler belakang hitam, kemasan sisi, tempat duduk balutan kulit, VW Tint (jumlah keseluruhan RM7,000)


Harga jualan: RM81,900*

 

Volkswagen Vento JOIN


Pilihan warna: 
Putih (Candy White) dan kelabu (Carbon Steel Grey) - Vento Comfortline
Kelabu (Carbon Steel Grey) dan hitam (Deep Black) - Vento Highline

Aksesori: kemasan trunk, spoiler belakang, kemasan sisi, plat sisi, tempat duduk kulit, VW Tint (jumlah keseluruhan RM7,000).

Harga jualan:
Vento Comfortline JOIN - RM91,690*
Vento Highline JOIN - RM98,490*

 

Volkswagen Tiguan Highline 'JOIN'


Pilihan warna: hitam (Deep Black), putih (Pure White) dan perak (Tungsten Silver).

Aksesori: elemen reka bentuk di hadapan, spoiler belakang, kemasan trunk, tip ekzos krom, plat pelindung belakang, pemijak kaki dan VW Tint (jumlah keseluruhan RM10,000)


Harga jualan:  RM175,990*

 

VW Passat Comfortline 'JOIN'


Pilihan warna: hitam (Deep Black), kelabu (Manganese Grey), putih (Pure White) dan perak (Reflex Silver).

Aksesori: pedal sport aluminium, rim aloi Maeseille bersaiz 18" dan VW Tint (jumlah keseluruhan RM12,000)

Harga jualan: RM188,690* 


Setiap model JOIN turut ditawarkan dengan skim perlindungan harga (PPS) daripada Volkswagen, tertakluk kepada pendaftaran sebelum 30 November 2018 atau sementara stok masih ada. 

Setiap pembelian model Volkswagen didatangkan dengan jaminan daripada pengeluar selama lima tahun, bantuan tepi jalan untuk lima tahun serta servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volkswagen Fest 2018 bakal menyaksikan para peminat Volkswagen dari semua latar belakang meraikan…
Berita Domestik
  Selama tiga hari berturut-turut, para pengunjung berpeluang untuk memandu uji pelbagai model…