Volkswagen Malaysia Umum Program Bantuan Banjir untuk pelanggan terjejas

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan inisiatif tahunan Volkswagen Cares untuk membantu pemilik kenderaan Volkswagen yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini.

Inisiatif tersebut membolehkan para pemilik Volkswagen menikmati diskaun sehingga 30 peratus alat ganti tulen untuk kenderaan yang terjejas akibat banjir dari 1 Oktober 2024 hingga 31 Mac 2025.

Diskaun tersebut boleh didapati di semua pusat servis sah Volkswagen di seluruh Malaysia.

Selain diskaun alat ganti, VPCM turut menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma bagi menilai tahap kerosakan akibat banjir dan mencadangkan pembaikan yang sewajarnya.

VPCM juga menawarkan pelan pembayaran mudah di mana pemilik boleh membayar bil pembaikan mereka beransur kepada enam atau 12 bulan dengan kadar faedah 0 peratus.

Inisiatif tersebut membuktikan komitmen Volkswagen untuk membantu pelanggan ketika berdepan waktu sukar dan memberi ketenangan minda kepada pelanggan terjejas.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Golf terus menjadi model kegemaran ramai kerana gabungan praktikaliti, kemasan premium dan prestasi…
Berita Domestik
Menurut VPCM, Golf GTI Sepang Edition dicipta sebagai simbol patriotisme dan semangat pemanduan,…
Berita Domestik
Lebih 30 penyertaan diterima, menampilkan foto-foto bertemakan cinta terhadap Volkswagen (VW Love…