Volkswagen pertimbang tutup kilang di Jerman untuk kurangkan kos

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Volkswagen Group kini dilapor sedang mempertimbangkan beberapa langkah drastik yang mengejutkan untuk mengurangkan kos.

MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Konglomerat yang berpangkalan di Jerman itu dilapor sedang mempertimbangkan dua penutupan kilang di negara asalnya, di mana ia sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak penubuhan syarikat itu sebelum Perang Dunia II pada 1937.

Menurut laporan Autocar, dua kilang yang dimaksudkan ialah kemudahan di Dresden dan Osnabruck, yang kini sedang dinilai sebagai calon untuk penutupan.

Di Osnabruck, kilang itu kini beroperasi untuk menghasilkan Porsche 718 Boxster dan Cayman, di mana kedua-dua model itu bakal dihentikan pengeluarannya tidak lama lagi.

Bagaimanapun, kemudahan seluas 105 ekar itu turut menghasilkan model Volkswagen T-Roc Cabriolet, yang merupakan model convetible paling popular di Eropah.

Kilang di Dresden yang jauh lebih kecil pula mula dibuka pada tahun 2002 untuk memasang model Phaeton dan kini menghasilkan model EV VW ID.3.

 

2

 

Selain penutupan kilang, program keselamatan kerja syarikat itu juga sedang dalam penelitian, ia ditubuhkan pada tahun 1994 yang bertujuan untuk menghalang pemberhentian kerja sehingga 2029.

Pegawai Eksekutif Volkswagen, Thomas Schafer memberitahu media Jerman bahawa situasi itu "sangat tegang dan tidak boleh diatasi dengan langkah-langkah penjimatan kos yang mudah."

Langkah mengurangkan kos itu dilihat berpunca daripada ketidakpastian dalam pasaran EV, di mana jualan untuk kebanyakan jenama telah berkurangan sebaik rancangan untuk pengembangan elektrik bermula.

Volkswagen Group, seperti kebanyakan syarikat lain yang mempertaruhkan masa depan serba elektrik terhadap rangkaian modelnya pastinya bergelut untuk menghadapi situasi tersebut.

Melalui separuh pertama 2024, syarikat itu melaporkan penurunan 15.2 peratus dalam jualan EV untuk Eropah dan 15.4 peratus penurunan di US.

 

Sumber: Autocar

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Berbekalkan rangkaian kuasa ini, Tiguan dan Passat boleh menunda sehingga 2,200 kilogram (kg)…
Berita Global
   Terbaru Kumpulan Volkswagen mengumumkan angka penghantaran keseluruhan 2024 sebanyak 9.03 juta…
Berita Global
  Tahun 2024 merupakan tempoh sukar buat pengeluar kereta susulan persaingan sengit, peralihan…