Volkswagen ramal masalah kekurangan cip berlanjutan hingga 2024

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lalu, Volkswagen menjangkakan masalah kekurangan cip akan mula reda pada tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Namun, dalam satu perkembangan terbaharu, pengeluar automotif Jerman itu menjangkakan krisis kekurangan bekalan cip semikonduktor akan berterusan pada tahun 2023.

Selain itu, masalah gangguan rantaian bekalan yang dialami sejak tempoh dua tahun yang lalu akan menjadi norma baharu.
 

chip


Bercakap kepada Automobilwoche, ketua unit perolehan Volkswagen Murat Aksel berpendapat, kebimbangan geopolitik terhadap pengeluar cip terkemuka dikatakan telah mencipta isu baharu yang lebih mencabar.

"Dengan adanya isu geopolitik terbaharu, jika ada, akan menjadi satu perkara yang lebih kompleks dan mencabar," ujarnya.

"Pelaburan untuk kapasiti baharu kini berada di landasan yang betul, namun mungkin masih terdapat kekurangan struktur di dalam semikonduktor sehingga dan termasuk tahun 2023.
 

VW


Impak daripada krisis cip global turut tidak terkecuali melanda Volkswagen.

Pada awal tahun 2022, pengeluar itu terpaksa mengurangkan output kilang pemasangan Wolfsburg, selain mengurangkan kebergantungan sumber cip daripada pengeluar dari Korea Selatan.

Menerusi divisyen perisian Cariad, Volkswagen telah menandatangani perjanjian dengan pengeluar STMicrolectronics dan TSMC dari Taiwan untuk menjamin bekalan cip yang lebih stabil.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Apa yang membezakan Polo Edition 50 ialah warna eksklusif Crystal Blue, rim aloi 17 inci dan…
Berita Global
Dalam satu pertemuan dalaman syarikat di ibu pejabat VW di Wolfsburg baru-baru ini, Ketua Pegawai…
Informasi
Ya, anda tidak silap. Bukan Chiron. Bukan Tourbillon. Tetapi sebuah Mk5 Golf R32 lima pintu,…