Volkswagen sertai senarai jenama yang menghentikan pengiklanan di Twitter

oleh Penyumbang Rencana|
Semenjak beberapa minggu berita mengenai Elon Musk mengambil alih Twitter, ia menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai dan syarikat-syarikat terkemuka. Hal ini berikutan dengan tindakan Elon Musk yang memecat pegawai eksekutif tertinggi dan pengumuman beberapa perubahan Twitter.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Beberapa syarikat automotif yang berada di Twitter telah bertindak balas terhadap perubahan diumumkan.
Menurut laporan dari Reuters, salah satu syarikat yang membuat langkah selepas CEO Tesla mengambil alih Twitter ialah Volkswagen Group, di mana mereka mula menghentikan sementara pengiklanan pada platform Twitter.


Volkswagen juga berkata dalam satu kenyataan, “Kami memantau dengan teliti keadaan dan akan memutuskan langkah seterusnya bergantung kepada perkembangan semasa".


Sehingga kini, jenama di bawah Volkswagen Group ialah Volkswagen (kereta penumpang), Kenderaan Komersial Volkswagen, Škoda, SEAT, Cupra, Audi, Lamborghini, Bentley, Porsche, dan Ducati, serta beberapa anak syarikat, seperti Bugatti-Rimac.


Selain Volkswagen Group, beberapa syarikat kereta lain juga turut menghentikan sementara pengiklanan mereka di Twitter seperti General Motors dan Ford. Citroen juga menunjukkan reaksi mereka melalui tweet satu baris di Twitter yang mengatakan “kegagalan Musk-Twitter”.

 

Sumber: motor1.com
Penulis: Ahmad Danial Yasin


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model asas Born, Born VZ telah diberi naik taraf untuk menjadikannya sebuah hot hatch…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…
Berita Global
Kerjasama ini akan menghasilkan jumlah yang besar dengan lebih sejuta unit termasuk kelengkapan …