Volkswagen tawar promosi istimewa, penjimatan sehingga RM10,000

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan pembukaan semula sektor ekonomi, Volkswagen Passenger Cars Malaysia menyediakan tawaran eksklusif untuk pembelian model baharu, di samping menikmati pengecualian cukai SST sehingga 31 Disember ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang mahu mencari Passat Elegance, mereka boleh menikmati insurans percuma selama setahun, rebat dalam talian sebanyak RM3,500 serta penjimatan tambahan sehingga RM6,500.

Sementara model Passat R-Line pula didatangkan dengan pakej petrol percuma selama setahun, rebat dalam talian RM3,500 dan penjimatan tambahan sehingga RM5,500.
 

Tiguan


Untuk peminat SUV pula, VW Tiguan Allspace Highline akan menikmati rebat dalam talian RM3,500 dan penjimatan tambahan sebanyak RM2,000.

Selain daripada itu, VPCM turut memberikan jaminan stok adalah tersedia dan produksi kenderaan Volkswagen di Malaysia tidak terjejas disebabkan masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor di peringkat global.

Orang ramai dijemput untuk berkunjung ke bilik pameran, namun mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, dan hanya individu yang lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan untuk membuat pandu uji kereta.

Sempena sambutan Hari Malaysia dan hujung minggu yang panjang ini, para pengedar Volkswagan akan menganjurkan bilik pameran secara maya bermula 16 hingga 19 September. Pelanggan boleh mengunjungi saluran media sosial pengedar Volkswagen tertentu untuk mengetahui tentang model dan tawaran-tawaran terkini.     

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…