Volkswagen Tiguan 2024 muncul di Eropah, platform MQB Evo, kuasa sehingga 268 hp

oleh Mohamad Hanif|
Generasi ketiga SUV Volkswagen Tiguan 2024 akhirnya muncul secara rasmi di Eropah, dengan membawakan pendekatan rekaan yang lebih moden dan selari dengan apa yang ditawarkan oleh VW pada model-model ID.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Di bahagian hadapan SUV Tiguan ini dipasangkan dengan unit lampu LED matriks IQ.Light, struktur jeriji yang boleh melancarkan lagi aliran udara, diikuti dengan unit lampu LED belakang yang lebih nipis dengan grafik moden.

Tidak seperti Tiguan generasi terdahulu yang menggunakan platform MQB A2, Tiguan baharu ini menggunakan pelantar MQB Evo yang menawarkan sistem pacuan roda depan sebagai standard, dan sistem pacuan semua roda sebagai opsyen.
 

Tiguan


Dari segi dimensi, ia membawakan ukuran sepanjang 4,551 mm, lebar 1,939 mm, tinggi 1,640 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,681 mm.

Jika dibandingkan dengan Tiguan terdahulu, Tiguan 2024 telah bertambah panjang sebanyak 30 mm, dengan kapasiti ruang karo bertambah kepada 652 liter.
 

tiguan


Di Eropah, terdapat beberapa pilihan trenkuasa ditawarkan untuk Tiguan baharu.

Pembeli boleh mendapatkan enjin 2.0 liter turbo (201 hp atau 262 hp), enjin diesel 2.0 liter turbo (148 hp atau 190 hp) dengan sistem pacuan 4MOTION, serta enjin hibrid ringan 1.5 liter turbo (128 hp atau 148 hp) yang dipadankan dengan sistem starter/generator 48 voltan dengan fungsi nyahaktif silinder.
 

tiguan


Terdapat juga dua pilihan enjin plug-in hybrid (kuasa 201 hp/350 Nm atau 268 hp/400 Nm) yang dipadankan dengan pek bateri 19.7 kWh, dan jarak gerak sifar emisi sejauh 100 km.

Tiguan eHybrid itu boleh menyokong pengecasan pantas 50 kW, di mana 10-80 peratus hanya memakan masa 25 minit sahaja.
 

tiguan


Perubahan yang paling besar dibawakan pada ruang kabin, di mana Tiguan kini menampilkan skrin infohibur MIB4 sebesar 12.9 inci atau 15 inci, dengan antaramuka yang lebih intuitif, serta skrin paparan digital 10.25 inci dengan empat paparan mod berbeza.

Bahagian konsol tengah menjadi lebih ringkas, di mana terdapat dial rotari baharu yang boleh digunakan untuk melaraskan tetapan sistem pencahayaan dalaman, casis serta trenkuasa.
 

tiguan


Untuk permulaan, terdapat empat trim yang akan ditawarkan seperti berikut:
• Tiguan standard - kawalan iklim, rim aloi 17 inci, lampu utama LED
• Tiguan Life - kawalan iklim tiga zon, kawalan jelajah, bantuan parkir, suluhan tinggi, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, skrin 12.9 inci
• Tiguan Elegance - lampu LED Plus, kaca akustik, pintu taigate berkuasa, Park Assist Pro
• Tiguan R-Line - kit badan sporti, rim aloi 19 inci, tempat duduk sports

Harga jualan VW Tiguan 2024 di Jerman bermula dari 36,600 euro, bersamaan dengan RM183,615 mengikut kadar pertukaran matawang semasa.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Sahabudin Abd Manan,…
Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut menampilkan dua aksesori Volkswagen yang unik. Penutup hab pada rim dengan…
Berita Domestik
  Siapa yang tidak kenal dengan SUV kompak Volkswagen ini yang telah diberi nama Tiguan, iaitu…