Dinamakan sempena bandar Wolfsburg di Jerman – tempat asal kelahiran jenama Volkswagen – edisi khas ini memperlihatkan peningkatan dari segi aksesori dan penampilan yang lebih eksklusif, tanpa menjejaskan DNA prestasi SUV popular ini.
Harga Promosi Menarik dengan Penjimatan Besar
Sebagai sebahagian daripada pelancaran istimewa, kedua-dua model ditawarkan pada harga promosi jauh lebih rendah berbanding harga asal. Turut disertakan dalam setiap pembelian ialah Volkswagen Assurance Package (VAP), meliputi:
-
Servis penyelenggaraan percuma selama 7 tahun
-
Waranti tanpa had perbatuan
- Bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun
| Model Tiguan Allspace | Harga Asal (RRP + VAP) | Penjimatan | Harga Promosi |
|---|---|---|---|
| Elegance | RM210,990.00 | RM30,000.00 | RM180,990.00 |
| R-Line | RM263,990.00 | RM20,000.00 | RM243,990.00 |
Ciri Eksklusif Edisi Wolfsburg
Kedua-dua model Elegance dan R-Line menerima pelbagai peningkatan penampilan dan fungsi, termasuk:

-
Logo crest Wolfsburg eksklusif

-
Perakam Trafik Volkswagen Universal 2.0 (hadapan dan belakang) – menggunakan sensor penglihatan malam Sony STARVIS dengan rakaman 2x QHD
-
Set Pemilik Edisi Wolfsburg – termasuk pemegang kunci khas dan sijil keaslian
-
Pelindung bucu bampar bergaya lasak
-
Bekas but tahan lasak (polipropilena) yang direka untuk kemudahan cabut dan bersih

-
Pemegang multimedia pintar untuk telefon pintar, dipasang di belakang penyandar kepala (menampung hingga 3kg)
Tambahan untuk Elegance sahaja:
-
Pedal sports aluminium buatan Jerman dengan salutan anti-gelincir untuk gaya dan cengkaman optimum
Sedia Untuk Ditempah Sekarang
Tiguan Allspace Wolfsburg Edition kini boleh ditempah di semua pengedar sah Volkswagen Malaysia. Untuk spesifikasi penuh dan maklumat lanjut, layari: www.volkswagen.com.my