Volkswagen Touareg ONE Million - Apabila SUV besar bertambah rugged

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pasaran SUV sebenarnya cukup meriah dengan pelbagai tawaran oleh pengeluar. Sekarang ini pengguna boleh memilih beraneka SUV dari segmen A hingga saiz penuh seperti BMW X7, Audi Q8 dan Toyota Land Cruiser.

Satu ciri SUV bersaiz penuh yang dikongsi merentasi jenama ialah saiznya yang 'gedabak' atau besar.

Apabila melalui jalan raya, SUV begini akan tampil gah mendominasi ruang yang ada dan di antara model menonjol ialah Volkswagen Touareg.

Model terbaru ini sebenarnya tidak dibawa masuk ke pasaran tempatan berbanding generasi terdahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
VW Touareg ONE Million

 

Touareg yang kini memasuki generasi ketiga mempunyai sejarah panjang dan sejak penghujung 2002 telah menjadi model penting buat VW.

Sejak tarikh itu juga sebanyak satu juta unit Touareg berjaya dihasilkan dan bagi meraikan pencapaian ini VW mengeluarkan edisi khas ONE Million.

Di antara ciri eksklusif Touareg ONE Million ialah warna pilihan Sechura Beige dengan dua jenis tawaran roda berukuran 20 inci Bogota atau 21 ince Suzuka.

Ciri lain ialah lampu belakang yang digelapkan, panel ambang pintu dengan tulisan ONE Million dan logo hitam pada tiang B.

 

VW Touareg ONE Million

 

Ciri yang menonjolkan Touareg One Million ialah pilihan kit badan R-Line Black Style yang berjaya menaikkan lagi imej SUV ini.

Gayaan Touareg diteruskan pada bahagian dalaman seperti balutan kerusi kulit Puglia dan sulaman berbentuk berlian pada tempat duduk hadapan dan beberapa lagi komponen seperti papan pemuka, stereng dan tombol gear.

Harga Volkswagen Touareg ONE Million bermula daripada EUR80,880 (RM371,223) untuk pilihan enjin V6 TDI1 berkuasa 286 PS. 

Volkswagen Touareg hanya dikeluarkan di satu kilang sahaja untuk pasaran dunia iaitu di Bratislava, Slovakia.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Model Terbaharu
Volkswagen Malaysia baru-baru ini berkongsi di laman media sosial Instagram rasmi mereka dengan…
Berita Global
  Touareg 2024 didatangkan dengan perubahan visual depan dan belakang, suspensi, paparan dan…