Volkswagon Tarok - trak pikap unibodi dengan ruangan kargo boleh laras

oleh Mohamad Hanif|
Brazil merupakan salah satu pasaran yang penting untuk trak pikap, dan untuk memenuhi keperluan dan permintaan para peminat trak pikap di sana, Volkswagen telah mempersembahkan sebuah konsep trak pikap baharu.

Dinamakan sebagai Tarok, ia dikuasakan oleh enjin 1.4 liter TSI yang mampu menjana 150 kuasa kuda sebelum ia disalurkan kepada sistem pacuan empat roda kekal menerusi transmisi automatik enam kelajuan. 

Memandangkan di Brazil, bahan api ethanol adalah lebih meluas digunakan, VW Tarok telah disesuaikan supaya mampu diisi dengan bahan api sehingga E100, manakala versi diesel juga akan turut ditawarkan kelak. 
 


Apa yang menarik, VW Tarok hadir dengan ruangan lantai barang yang boleh dilaras keluasannya, terima kasih kepada dinding belakang kabin dan kerusi yang mampu dilipat ke bawah bagi menambahkan lagi ruangan barang sehingga 2.75 meter panjang dengan tailgate dibuka penuh. 

Secara mudahnya, ia sebuah trak pikap dengan rekaan badan unibodi berdasarkan platform MQB (Polo, Tiguan, Atlas) dan dengan ruangan barang yang boleh dilaras serta kemampuan untuk membawa sehingga hampir 1,000 kg muatan.
 


Trak pikap konsep Tarok ini mengingatkan kita kepada sebuah model klasik yang muncul lewat tahun 1990-an iaitu Skoda Felicia Fun, trak pikap kuning Myvi dengan reka bentuk ala ala Proton Arena yang mempunyai tempat duduk belakang boleh dilipat supaya dapat memberikan ruang kargo yang lebih luas. 

 


Menurut sumber, Volkswagen Tarok ini disasarkan kepada pasaran Latin Amerika, manakala bagi pengguna yang inginkan trak pikap yang sebenar daripada mereka, Volkswagen kini dikatakan sedang membangunkan sebuah trak pikap yang menggunakan asas daripada Ford Ranger. 

Hanya masa yang akan menentukan adakah projek ini benar-benar menjadi ataupun tidak.
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai seorang jururawat yang bertugas menjaga unit rawatan rapi di Hospital Adventist Health…
Berita Global
Ini merupakan satu fenomena baharu di mana sedan berspesifikasi mewah pada harga $70 - $100 ribu (…
Telah Diuji
  Satu negara tahu bahawa Sime Darby Auto Connexion (SDAC), penjaga jenama Ford di Malaysia sudah…