Volta Zero - trak elektrik 16-tan khusus untuk undang-undang baru bandaraya Paris

oleh HEZERI SAMSURI|
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) sudah mula meluas di negara-negara Eropah.

Ini adalah kerana kebanyakan bandaraya di sana sudah meletakkan tarikh luput untuk mengharamkan penggunaan kenderaan bahanapi biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Paris contohnya akan mengharamkan kenderaan komersil berenjin menjelang 2024 dan sebagai dorongan, kerajaan Perancis memberikan insentif sehingga €50,000 untuk mula menggunakan kenderaan komersil elektrik.

Atas dasar itu, Volta Zero sudah mula melancarkan trak EV komersil untuk pasaran di sana.

Direka khusus untuk membawa beban seberat 16 tan dan bagi proses penghantaran urban, Volta Zero mempunyai jarak perjalanan antara 150-200 km untuk sekali caj dan mampu mengurangkan lebih kurang 180,000 tan karbon monoksida menjelang 2025.

 

 

Oleh kerana ia tidak mempunyai enjin, trak Volta Zero mempunyai kedudukan pemanduan yag berbeza dan lebih selamat untuk pejalan kaki.

Tempat duduk pemandu berada di tengah dan ia juga jauh lebih rendah. Cermin hadapan dan sisi yang luas juga memudahkan pemandu untuk melihat objek di sekeliling.

Ia dijangka akan mula digunakan oleh pelanggannya seawal penghujung tahun 2021.

Dengan pertumbuhan industri membeli-belah atas talian, industri logistik semakin meningkat dan ini juga menyebabkan penggunaan kenderaan-kenderaan komersil semakin meningkat.

Sekiranya Malaysia mahu berpandangan jauh, ia boleh memberikan insentif untuk syarikat logistik yang beroperasi agar menukar kepada kenderaan yang lebih selamat dan lebih hijau.