Volvo akan terus kekal produksi sedan, wagon pada masa akan datang

oleh Mohamad Hanif|
Angka jualan SUV Volvo merangkumi 75 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan kenderaan Volvo dan sebagai perbandingan, model XC60 yang merupakan model paling laris terjual berjaya mengalahkan angka jualan model-model S60, S90, V60 dan V90 sepanjang tempoh Januari hingga November 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun mengetahui bahawa angka jualan SUV jauh lebih tinggi, CEO Volvo Hakan Samuelsson menjelaskan syarikat Sweden itu tidak akan sekali-kali mengabaikan segmen sedan dan juga wagon.

Ini bermakna, pada masa akan datang kita mungkin akan dapat melihat kehadiran model pengganti sedan S60 dan S90, serta wagon V60 dan V90 dalam versi elektrik sepenuhnya.

Bercakap kepada Autocar, Samuelsson menjelaskan, "model pengganti S60/S90/V60/V90 akan direka menjadi sesuatu yang lebih menarik perhatian pelanggan" dan beliau juga percaya Volvo masih lagi memerlukan kereta-kereta dengan saiz dan bentuk badan konvensional untuk ditawarkan bersama-sama dengan model SUV.

Pendapat ini dilihat berbeza daripada pandangan terdahulu di mana CEO itu memberikan bayangan mereka akan menghentikan sesetengah model sedan dan wagon demi memberikan laluan kepada model SUV yang jauh lebih popular.

Dalam pada itu, Volvo Cars sebelum ini dilaporkan akan menghentikan penggunaan format nama XC, V dan S, dan menggantikannya dengan nama model yang sebenar dan 'lebih beremosi', menurut Samuelsson.

Volvo berazam untuk menjadi sebuah jenama EV sepenuhnya menjelang tahun 2030, dan mereka juga merancang untuk meningkatkan kapasiti produksi tahunan EV dari 15,000 unit kepada 150,000 unit per tahun pada musim luruh ini demi mencapai sasaran jualan 50 peratus EV menjelang 2025.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…