Volvo bakal jadikan semua model sedan dan SUV sebagai EV, kereta sport juga tidak dilupakan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seperti semua pengeluar lain, jenama pengeluar dari Sweden, Volvo juga rancak dalam memperkenalkan barisan SUV baharu, terutama EV dari saiz paling kecil iaitu EX30 hinggalah saiz paling besar iaitu EX90 yang bakal diperkenalkan pada 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo yang kini dimiliki oleh syarikat dari China iaitu Geely itu sedar bahawa pembeli untuk model-model hatchback, coupe, sedan dan wagon semakin berkurang dengan trend terkini yang cenderung ke arah SUV.

Namun menurut laporan dari motor1.com,  Ketua Pegawai Operasi Volvo Cars, Bjorn Annwall membayangkan dalam temu bual baru dengan majalah Australia Car Sales bahawa kereta sport tidak sepenuhnya keluar dari persoalan.

 

2

 

Bjorn Annwall berkata, "Setiap jenama kereta memerlukan sedikit penggalak yang membantu menolak sempadan sebenar sesebuah model kereta itu, dan saya fikir Volvo harus mempunyai produk kereta seperti itu juga."

Apabila ditanya sama ada syarikat itu akan memperkenalkan sebuah kereta sport baharu atau tidak, Bjorn Annwall menjawab, "nantikan."

Selain itu, pengurus reka bentuk luaran Volvo Cars, Orjan Sterner turut berkata bahawa ianya menyeronokkan untuk bekerja pada "coupe atau kereta sport" tetapi akhirnya keuntungan mesti diutamakan.

 

3

 

Hal ini kerana syarikat itu memfokuskan kenderaan berorientasikan volum kejuruteraan yang mempunyai rekod perniagaan kukuh, jadi SUV akan kekal menjadi tumpuan utama buat sementara waktu.

Pada masa yang sama, menurut laporan autoblog.com, Volvo Cars dilaporkan sudah bersedia untuk menjadikan semua rangkaian modelnya yang terdiri dari dua sedan dan tiga SUV kepada kereta elektrik atau EV.

Syarikat itu dijangka untuk melancarkan sekurang-kurangnya enam model EV baharu menjelang tahun 2026, dimana Volvo telah menyatakan objektif untuk menjadikan semua barisan modelnya sebagai EV menjelang tahun 2030.

 

3

 

Semenjak dimiliki oleh Geely, Volvo telah mula berkongsi teknologi seperti platform binaan bersama Geely, antara EV Volvo dijangka untuk diperkenalkan ialah sebuah MPV yang akan menggunakan platform Zeekr 009, salah satu hasil syarikat Geely.

Antara model lain yang bakal diperkenalkan sebagai EV ialah model sedan S60 dan S90, serta model crossover XC40, XC60 dan XC90.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…