Volvo bakal lancar MPV elektrik di China, guna asas Zeekr 009, 536 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Volvo dilapor akan hadir dengan sebuah produk minivan untuk pasaran China.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam slaid pembentangan perancangan tahun 2023, presiden Volvo China mengumumkan kehadiran model MPV tersebut beserta lima buah model baharu lain, iaitu XC40 BEV, C40, EX90, EX90 Excellence dan sebuah SUV yang tidak diketahui namanya.

Menurut laporan Car News China, model terbaharu itu akan dibangun berdasarkan MPV elektrik Zeekr 009, dimana perkongsian platform itu diharap dapat membantu mengurangkan kos pembangunan.
 

Zeekr


Zeekr 009 menggunakan platform SEA yang dibangunkan oleh Geely, dengan konfigurasi dua motor elektrik, sistem pacuan semua roda dan angka kuasa kuda 536 hp.

Difahamkan, MPV Volvo itu akan mengekalkan spesifikasi yang disebutkan tadi, namun dengan bahasa rekaan Scandinavia moden yang diguna pakai oleh kereta Volvo masa kini.

Laporan media tempatan mencadangkan MPV baharu Volvo itu akan muncul sebagai model konsep pada suku ketiga 2023, sebelum dilancarkan secara rasmi sebagai model produksi pada suku keempat.

Baca: Zeekr 009

Sumber: Car News China

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…