Volvo C40 Recharge 2021 - XC40 versi coupe, motor elektrik berkembar, jarak operasi 420 km

oleh Mohamad Hanif|
Dalam acara yang disiarkan secara langsung menerusi laman web rasmi Volvo, pengeluar automotif dari Sweden itu secara rasmi melancarkan model baharu sifar emisi yang dinamakan sebagai Volvo C40 Recharge.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti model SUV Volvo yang lain, crossover baharu ini merupakan sebuah XC40 dengan rekaan belakang yang lebih rendah, dan ia menggunakan format penamaan baharu 'C' yang merujuk kepada rekaan SUV Coupe.

 


Bahagian belakang crossover ini menampilkan rekaan belakang yang lebih agresif, sementara muka hadapan model ini menampilkan rekaan baharu yang akan digunakan untuk model EV Volvo akan datang, diakhiri dengan unit lampu utama dengan teknologi piksel termaju.

Sementara ruang dalaman pula menampilkan tempat duduk dengan posisi yang tinggi, selain penawaran variasi warna dan opsyen yang menarik dan unik untuk model C40 Recharge ini.

Ia juga merupakan model pertama Volvo yang bebas daripada penggunaan bahan kulit sepenuhnya.

 


Sama seperti model XC40 Recharge, Volvo C40 Recharge menawarkan sistem infotainmen terbaik di dalam pasaran yang dibangunkan bersama Google dan menggunakan sistem operasi berasaskan Android.

Sudah tentu, ciri-ciri dan perisian Google disertakan untuk kemudahan pengguna seperti Google Maps, Google Assistant dan fungsi Google Play Store untuk memuat turun perisian kegemaran.

Sistem ini juga turut menampilkan sambungan internet yang membolehkan perisian infotainmen ini dikemaskini menggunakan cara over-the-air walaupun setelah sekian lama keluar daripada kilang pemasangan.

 


Sistem trenkuasa elektrik Volvo C40 Recharge menampilkan konfigurasi motor elektrik berkembar, satu untuk setiap gandar dengan kuasa setinggi 402 hp dan dipadankan dengan pek bateri berkapasiti 78 kWh yang menawarkan jarak operasi sejauh 420 km.

Sistem pengecasan pantas turut disokong bagi membolehkan pengecasan bateri mencapai kapasiti 80 peratus dalam masa 40 minit sahaja.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Volvo C40 Recharge hanya akan didapati menerusi dalam talian sahaja, selain menawarkan trim yang lebih ringkas bagi memudahkan pengguna.

 


Setiap pembelian Volvo C40 Recharge akan didatangkan dengan pakej 'convenient care package' yang merangkumi pakej servis, jaminan, bantuan tepi jalan, insurans dan juga opsyen untuk memasang sistem pengecasan di rumah.

Volvo C40 Recharge akan memasuki fasa produksi menjelang musim luruh ini, dan dibina sekali dengan model XC40 Recharge di kilang pemasangan Ghent, Belgium.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat dari Sweden itu dijangka untuk memulakan eksport baharu ke Vietnam dan Filipina pada tahun…
Berita Domestik
Volvo berjaya menjual 3,194 unit kereta pada tahun 2022, dengan bulan Disember sebagai bulan…
Pelancaran
Volvo C40 Recharge didatangkan dengan trenkuasa elektrik sepenuh masa yang terdiri daripada motor…