Volvo C40 Recharge 2023 - SUV coupe CKD, 402 hp, jarak gerak 450 km, dari RM288,888

oleh Mohamad Hanif|
Setelah melancarkan XC40 Recharge awal tahun yang lalu, Volvo Car Malaysia akhirnya secara rasmi melancarkan sebuah lagi model SUV berkuasa elektrik, Volvo C40 Recharge 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo C40 Recharge didatangkan dengan trenkuasa elektrik sepenuh masa yang terdiri daripada motor elektrik berkembar (satu untuk setiap gandar) dengan jumlah kuasa keseluruhan 402 hp dan 660 Nm.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 4.7 saat sementara kelajuan tertinggi dihadkan kepada 180 km/j - mengikut apa yang dirancangkan oleh Volvo demi keselamatan para penggunanya.
 

c40


Pek bateri berkapasiti 78 kWh pula membolehkan jarak pemanduan sejauh 450 km dicapai berdasarkan data WLTP untuk sekali cas penuh.

Volvo C40 Recharge 2023 menyokong pengecasan AC 11 kW (tempoh masa lapan jam), serta pengecasan pantas DC 150 kW untuk pengecasan 10-80 peratus dalam masa 28 minit sahaja.

Bertindak sebagai pelengkap kepada penawaran SUV XC40 sedia ada, C40 Recharge merupakan sebuah SUV Coupe dengan garis bumbung belakang yang lebih rendah dengan rekaan lampu yang agresif.
 

c40


Kemasan muka depan C40 Recharge ini adalah hampir sama dengan apa yang dibawakan pada model XC40 Recharge facelift tahun 2023.

Ia menampilkan unit lampu LED beserta lampu DRL Thor Hammer, jeriji hadapan yang kosong, diikuti dengan perumah lampu kabus berbentuk segi tiga.

Susun atur ruang kabin pula adalah lebih kurang sama sahaja dengan Volvo XC40 Recharge, diikuti penggunaan bahan lestari pada upholsteri, bumbung suria panorama, sistem infotainmen berasaskan Android Automotive OS.

Ia juga turut menyokong sistem audio Premium Harman Kardon, serta sambungan kepada peranti pintar Apple CarPlay dan Android Auto.
 

C40

 

Sebagai sebuah SUV yang selamat, Volvo C40 dilengkapi dengan ciri seperti Pilot Assist, Oncoming Lane Mitigation, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Brek Belakang Automatik, Kawalan Jelajah Adaptif, Amaran Pelanggaran, Bantuan Pengekalan Lorong, Sistem Informasi Titik Buta serta Sistem Keselamatan Dalam Bandar. 

Sama seperti XC40 Recharge, Volvo C40 Recharge 2023 ini merupakan unit pemasangan tempatan (CKD) yang dijual pada harga sedikit mahal, bermula dari RM288,888 tidak termasuk pendaftaran dan insurans.

Harga tersebut merangkumi jaminan selama lima tahun, jaminan bateri 8 tahun, Volvo on Call (5 tahun), Volvo Service Inclusive (5 tahun) dan Digital Service (4 tahun).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat dari Sweden itu dijangka untuk memulakan eksport baharu ke Vietnam dan Filipina pada tahun…
Berita Domestik
Volvo berjaya menjual 3,194 unit kereta pada tahun 2022, dengan bulan Disember sebagai bulan…
Berita Global
Ini sekaligus meletakkan Volvo C40 Recharge sebagai salah satu model kereta yang paling selamat di…