Volvo Car Malaysia lanjut perlindungan waranti bateri sehingga 8 tahun/160,000 km untuk PHEV

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai penutup tirai tahun 2020, Volvo Car Malaysia baru-baru ini mengumumkan lanjutan perlindungan waranti sehingga 8 tahun atau jarak perbatuan 160,000 km (Yang mana terdahulu) untuk bateri hibrid kereta plug-in hybrid (PHEV) Volvo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terdahulu, Volvo Car Malaysia telah mengumumkan untuk melanjutkan perlindungan waranti bateri hibrid bagi kenderaan baharu Volvo yang didaftarkan bermula 1 Januari 2020.

Disebabkan respon yang amat menggalakkan, Volvo amat berbesar hati untuk melanjutkan tawaran tersebut kepada semua model PHEV Volvo yang dibeli bermula pelancaran model XC90 T8 PHEV pada 3 Disember 2015.

Menurut Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata, "Langkah terbaharu ini menunjukkan tanda penghargaan kami kepada pengguna awal kenderaan Volvo, dan kepada mereka yang berusaha untuk membuat keputusan yang lebih lestari dengan memilih Volvo.

 


Tahun ini, Volvo Car Malaysia telah melancarkan model sedan S60 T8 R-Design CKD pada Mei 2020 menyertai barisan Volvo PHEV sedia ada seperti XC60, XC90 dan S90.

Selain daripada itu, Volvo turut mengingatkan bahawa peraduan #MYVolvoJourney masih lagi berlangsung bermula 4 Disember hingga 31 Disember ini menawarkan  hadiah mingguan yang menarik seperti:

  • beg kulit Sandqvist Tote bernilai RM2,146 (10 pemenang mingguan)
  • beg kembara Thule bernilai RM7,753 (3 pemenang utama)

Untuk menyertai peraduan #MYVolvoJourney ini cukup mudah, dimana pelanggan yang menghantar kenderaan untuk diservis atau dibaiki di mana-mana pusat servis bertauliah Volvo hanya perlu mendaftar menerusi kod QR yang disediakan, menunjukkan bukti servis dan menulis secara ringkas cerita kreatif berkenaan pengalaman perkhidmatan servis Volvo.

 Untuk maklumat lanjut mengenai pakej waranti yang disemak semula dan peraduan #MyVolvoJourney, sila layari https://www.volvocar.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di  Facebook https://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram https://bit.ly/VolvoMY-IG untuk sebarang kemas kini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…