Volvo Car Malaysia melancarkan Pusat 3S baharu di Skudai dengan rakan kongsi Pekin Auto

oleh SALINA JALIL|
Volvo Car Malaysia (VCM) telah melancarkan pusat pameran baharu di Skudai, bersama rakan kongsinya, Pekin Auto Sdn Bhd, untuk meningkatkan kepelbagaian dan menawarkan lebih banyak pilihan untuk pelanggan di rantau Selatan.


Pusat 3S (Jualan, Perkhidmatan, dan Alat Ganti) ini terletak di pinggir bandar Johor Bahru. Pusat 3S ini juga mematuhi piawaian baharu yang telah ditetapkan oleh VCM yang dikenali sebagai Volvo Retail Experience (VRE); iaitu panduan pengedar yang menerapkan nilai-nilai yang diilhamkan oleh Scandinavia .

Modenas

 

vcm

 

"Jenama kami memberikan penekanan utama terhadap orang ramai, keselamatan dan alam sekitar. Kami komited untuk memastikan para pelanggan kami terpelihara sepanjang perjalanan pemilikan mereka," kata Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

 

Untuk menampung permintaan yang semakin meningkat di Johor, Pusat 3S ini mempunyai ruang pameran yang berinspirasi Scandinavia yang menempatkan model Volvo terkini dan pusat servis yang lengkap serta lima petak servis.

 

 

 

"Kami bangga mewakili jenama Volvo Cars di Johor Bahru dan memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah untuk produk dan perkhidmatan yang menarik," kata Yo Kok Kong, Pengarah Urusan Pekin Auto.

 

Jumlah jualan Volvo Car Malaysia telah bertambah setiap tahun hasil dari pelan transformasi VCM. Pada separuh tahun pertama 2019, Volvo Car Malaysia telah merekodkan lebih daripada 60 peratus pertumbuhan.
 

 

Bilik pameran VCM di Pekin Auto ini dibuka dari jam 8:30 pagi hingga 6:00 petang, setiap Isnin hingga Sabtu. Pada hari Ahad pula, ia beroperasi dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang.

 

Pusat perkhidmatan Pekin Auto pula dibuka dari 8:30 malam hingga 6:00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat. Pada hari Sabtu pula ia beroperasi dari 8:30 pagi hingga 1:00 petang sahaja.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Pekin Auto, sila e-mel Christopher Tan di [email protected] atau hubungi talian +6012 799 2050.

 

merchandise

 

 

volvo cast cars

 

rims and child seat

 

reception

 

row of cars

Add new comment

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dari segi spesifikasi, Volvo XC40 Recharge T5 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.5…
Berita Domestik
Inisiatif digital ini menawarkan pengalaman membeli-belah dan mencari kenderaan pra-milik yang…
Berita Domestik
Difahamkan, model XC40 Recharge ini bakal ditawarkan dalam varian Volvo XC40 Recharge T5, iaitu…