Volvo Car Malaysia serah 65 unit pertama XC40 Recharge Pure Electric, catat lebih 300 tempahan!

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia baru-baru ini menyerahkan kumpulan pertama model SUV elektrik Volvo XC40 Recharge Pure Electric kepada pelanggannya di Malaysia pada tarikh 23 April 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak 65 orang pemilik menerima unit masing-masing di seluruh negara, sekaligus mencatatkan pencapaian baharu buat Volvo Car Malaysia dalam usaha untuk beralih menjadi syarikat automotif elektrik sepenuhnya.
 

XC40 EV


Sebanyak 100 unit lagi model XC40 Recharge Pure Electric akan diedarkan kepada pemilik masing-masing pada 30 April 2022, dan sehingga kini Volvo Car Malaysia telah menerima tempahan melebihi 300 unit bagi model tersebut.

Unit CKD Shah Alam ini ditawarkan pada harga jualan bermula dari RM262,459.75, dan hadir dengan trenkuasa motor elektrik berkembar 408 hp dan daya kilas 660 Nm, serta jarak operasi sejauh 418 km.
 

XC40


Baca: Spesifikasi Volvo XC40 Recharge Pure Electric
Baca: Pandu Uji Ringkas Volvo XC40 Recharge Pure Electric

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…