Volvo Cars gandakan produksi kereta elektrik di kilang Ghent, Belgium

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada permintaan terhadap kenderaan elektrik yang semakin memberangsangkan, Volvo Cars akan berusaha untuk meningkatkan kapasiti produksi EV sebanyak tiga kali ganda untuk barisan model Recharge Volvo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Hal ini disumbangkan oleh laporan jualan tahun penuh 2020 yang menunjukkan terdapat pertumbuhan yang kuat terhadap permintaan model Recharge syarikat daripada Sweden itu.

Malah, peratusan kenderaan Recharge juga meningkat lebih daripada dua kali ganda pada tahun 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Menjelang 2022, kilang pemasangan Ghent akan memiliki kapasiti tiga kali ganda untuk kenderaan elektrik dan merangkumi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan produksi kilang tersebut.

 


Pada ketika ini, Ghent sedang mempersiapkan diri untuk memasang model kereta elektrik kedua Volvo yang dibangunkan berdasarkan senibina kenderaan modular CMA menjelang tahun ini.

Kilang tersebut sudah pun membina model pertama EV, XC40 Recharge serta model plug-in hybrid (PHEV) XC40.

Langkah ini adalah selaras dengan hasrat Volvo Cars untuk menjadi sebuah syarikat kenderaan elektrik premium dan mencapai sasaran menjual 50 peratus daripada jumlah jualan terdiri daripada kenderaan elektrik (EV) dan selebihnya kereta hibrid.

Malah, bulan lalu Volvo Cars telah mengumumkan mereka akan memasang sendiri komponen motor elektrik bertempat di kilang trenkuasa Skövde, Sweden serta merancang untuk melengkapkan produksi e-motor secara dalaman menjelang pertengahan dekad ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…