Volvo Cars hanya jual EV sahaja menjelang 2030, fokus pada penjualan dalam talian

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars berazam untuk menjadi peneraju di dalam segmen pasaran kenderaan elektrik premium dengan menjadi sebuah syarikat EV sepenuhnya menjelang tahun 2030.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam usaha untuk mencapai sasaran tersebut, Volvo akan mula mengurangkan penawaran kenderaan yang didatangkan dengan enjin pembakaran dalaman, termasuklah trenkuasa hibrid.

Perubahan visi untuk menjadi sebuah pengeluar kenderaan elektrik sepenuh masa ini merupakan sebahagian daripada pelan yang bercita-cita besar bagi mengurangkan jejak karbon untuk setiap kenderaan yang dihasilkan.

Serentak dengan itu, Volvo Cars juga akan mula memfokuskan usaha kepada penjualan dalam talian serta tawaran yang lebih menarik dan lebih telus di bawah nama Care by Volvo.

Ini bermakna, semua kenderaan elektrik sepenuh masa (EV) hanya boleh didapati menerusi perkhidmatan dalam talian sahaja pada masa akan datang.

Menurut ketua eksekutif Volvo, Hakan Samuelsson menjelaskan, "untuk kekal berjaya, kami memerlukan pertumbuhan yang mendatangkan keuntungan. Jadi, kami memilih untuk melabur dalam dua perkara - elektrik dan dalam talian, dan kami kini benar-benar fokus untuk menjadi peneraju di dalam segmen kenderaan elektrik premium yang pantas berkembang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…