Volvo Cars laksanakan inisiatif Zon Bandar Hijau Gothenburg

oleh Mohamad Hanif|
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh United Nations Commission for Europe (UNECE), climate-neutral city disifatkan sebagai bandar yang bebas daripada pelepasan gas rumah hijau, serta memiliki keupayaan untuk bertahan daripada sebarang impak negatif yang diakibatkan daripada peubahan iklim.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan sasaran untuk mencapai status bandar neutral iklim menjelang 2030, Volvo Cars telah bekerjasama dengan Bandar Gothenburg, Sweden untuk menyediakan sebuah zon urban baharu yang bakal digunakan sebagai medan ujian teknologi lestari masa hadapan.

Inisiatif tersebut dinamakan sebagai Zon Bandar Hijau Gothenburg, bertujuan untuk membangunkan sebuah kawasan di dalam bandar pelabuhan terbesar Scandinavia yang bebas sepenuhnya daripada pelepasan emisi, mod pengangkutan neutral iklim dan infrastuktur yang terhubung.

 


Dengan menggunakan bandar sebenar, ia membolehkan Volvo mempercepatkan pembangunan teknologi dan perkhidmatan di dalam bidang elektrifikasi, perkongsian mobiliti, pemanduan autonomi, sambungan serta keselamatan.

Selain daripada itu, zon hijau tersebut akan turut menampilkan operasi teksi robot (robotaxi) yang dikelolakan oleh pembekal solusi mobiliti M.

Inisiatif zon bandar hijau ini akan bermula pada tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…