Ini sebenarnya adalah kali kelima berturut-turut Volvo Cars berjaya memecahkan rekod jualan. Pada 2017, jualan adalah sebanyak 571,577 unit.
Prestasi hebat pada tahun lalu disumbangkan oleh permintaan terhadap portfolio produk yang diperbaharui Volvo, apa lagi jika bukan famili SUV.
Peningkatan itu disumbang oleh permintaan di Amerika Syarikat, China dan Eropah.
Pada bulan Disember 2018, kenderaan yang terjual ialah sebanyak 60,157 unit, meningkat 2.8 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Untuk tempoh Januari hingga Disember, jualan di AS meningkat 20.6 peratus kepada 98,263 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Jualan di AS dijangka terus meningkat melalui penawaran S60 baharu yang dipasang di sana. Pada bulan Disember 2018, jualan adalah sebanyak 8,826 unit.
Di China, jualan meningkat sebanyak 14.1 peratus kepada 130,593 sepanjang tahun lalu. Model yang digemari ialah XC60 dan S90. Pada bulan Disember 2018, jualan adalah sebanyak 11,868 unit, meningkat 17.9 peratus.
Eropah turut mencatatkan prestasi yang baik. Jualan meningkat sebanyak 6.4 peratus kepada 317,838 pada 2018 berbanding 2017.
Jika pelanggan China menggemari XC60 dan S90, pelanggan Eropah pula memilih V60 dan XC40. Pada bulan Disember 2019, jualan adalah sebanyak 29,469 unit.
Berikut ialah jualan Volvo Cars mengikut model pada 2018 dan 2017:
1. XC60 - 189,459, 2017: 184,966
2. XC90 - 94,182, 2017: 87,518
3. V40/V40 Cross Country - 77,587, 2017: 95,370
4. XC40 - 75,828
5. S90 - 57,142, 2017: 46,602
Ringkasan jualan Volvo Cars pada 2018:
Disember |
Januari-Disember |
|||||
2017 |
2018 |
Perbezaan |
2017 |
2018 |
Perbezaan |
|
Eropah |
29,871 |
29,469 |
-1.3% |
298,625 |
317,838 |
6.4% |
China |
10,066 |
11,868 |
17.9% |
114,410 |
130,593 |
14.1% |
AS |
9,679 |
8,826 |
-8.8% |
81,504 |
98,263 |
20.6% |
Lain-lain |
8,910 |
9,994 |
12.2% |
77,038 |
95,559 |
24.0% |
Total |
58,526 |
60,157 |
2.8% |
571,577 |
642,253 |
12.4% |
Penulis: Muhammad Md Tajudin