Volvo catat pertumbuhan positif untuk tahun 2018 - XC60 paling laris!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai salah sebuah jenama kereta premium di Malaysia, Volvo Cars Malaysia turut mencatatkan pertumbuhan positif dari segi jualan sebanyak 35% pada tahun 2018 berbanding tempoh yang sama tahun 2017.

Daripada 1,384 unit kenderaan yang diedarkan tahun lalu, sebilangan besarnya disumbangkan oleh model paling popular XC60.

Manakala SUV XC40 yang baharu sahaja dilancarkan turut sama mencatatkan permintaan yang amat memberangsangkan. 

Bagi memastikan pengalaman pemilikan Volvo yang bebas masalah, Volvo Cars Malaysia juga telah memperkenalkan skim Volvo Car Leasing - pertama seumpamanya di Asia Tenggara. 

Selain daripada itu, Volvo juga bakal memperkenalkan Volvo Insurance dengan kerjasama di antara AXA Insurance tidak lama lagi. 


Dalam satu majlis yang sama, Volvo turut mengumumkan perlantikan Nalin Jain sebagai Pengarah Urusan baharu bagi Volvo Cars Malaysia bermula 1 Mac 2019.

Beliau menggantikan khidmat Lennart Stegland selaku Pengarah Urusan semasa dan akan bersara tidak lama lagi. 

Nalin Jain sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Volvo Auto India dan berpengalaman lebih daripada 20 tahun di dalam bidang automotif, konsultasi dan teknologi. 

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan daripada State University of New York dan Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Sloan School of Management, MIT. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…
Informasi
Ketika artikel ini ditulis, penulis pasti sudah banyak fasiliti pengecasan yang telah disediakan…
Berita Domestik
Untuk jenama-jenama automotif premium, EV terus menerus menjadi pilihan. Model-model khusus yang…