Konsep cabaran ini datang dari visi bersama antara dua syarikat apabila kedua-duanya menuju ke arah reka bentuk manusia ataupun ‘Human-Centric Design’.
"Di Volvo Cars, kami sudah lama didukung oleh reka bentuk Scandinavia yang bertujuan untuk menjadikan kehidupan lebih mudah dan lebih menyeronokkan disamping melindungi perkara yang paling penting bagi kita semua, sama ada keluarga atau alam sekitar," kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland.
Volvo Aurizn Design Challenge telah mengenal pasti ‘The Estate’ yang merupakan kediaman mewah yang terletak di Bangsar South, untuk menjadi lokasi berlansungnya pusingan akhir Volvo Aurizn Design Challenge.
Finalis akan berpeluang memenangi perjalanan ke Pusat Rekabentuk Volvo di Gothenburg, Sweden, dan bertemu dengan pereka terkemuka dari Volvo Cars. Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk menyertai Volvo Aurizn Design Challenge, sila layari; http://www.aurizn.com/volvo-aurizn-design-challenge