Volvo EX30 - SUV elektrik aras mula, bakal dibina di China

oleh Mohamad Hanif|
Semasa pengenalan model EX90 2024 bulan lalu, Volvo turut mengambil kesempatan memperlihatkan sebuah lagi model SUV bersaiz kecil yang akan muncul pada tahun depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV Volvo EX30 itu secara tidak langsung akan menjadi model aras mula yang disasarkan kepada demografik pengguna yang lebih meluas.

Menurut CEO Volvo Jim Rowan berkata, model Volvo EX30 itu akan menjadi sebuah model yang penting buat jenama itu, namun ia tidak akan mengenepikan aspek pemanduan, kualiti serta ciri keselamatan yang menjadi identiti jenama Scandinavia itu.

Selain itu, Volvo EX30 akan ditawarkan dengan beberapa opsyen saiz pek bateri yang membolehkan pembeli memilih model yang bersesuaian dengan bajet dan gaya hidup mereka.
 

C40


Dalam usaha untuk menarik golongan pembeli yang lebih muda (seawal 18 tahun), Volvo akan menawarkan program langganan dengan tempoh minimum tiga bulan.

Biarpun tempoh tersebut tidak lama, Rowan tetap percaya para pelanggan mereka akan terus mengekalkan langganan program tersebut disebabkan tahap fleksibiliti, titik harga yang tepat, serta bantuan insurans dan tepi jalan yang menjadi sebahagian daripada program Care by Volvo.

SUV Volvo EX30 itu dijangka akan menggunakan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) daripada Geely, dan dipasang di negara China.
 

XC90


Sementara itu, model SUV XC90 akan terus ditawarkan buat masa ini, dan bakal dijual bersama-sama dengan model EX90.

Beliau menegaskan model berenjin tersebut nyata lebih sesuai digunakan untuk kawasan yang masih lagi belum mempunyai infrastruktur pengecasan EV yang mencukupi seperti contoh kawasan pedalaman di Amerika Syarikat dan China.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Penjenamaan semula ini adalah penting bagi memudahkan pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu…
Berita Global
"Adik" kepada Volvo EX90 ini disasarkan sebagai satu alternatif yang lebih mampu milik kepada model…
Berita Global
Model terbaharu itu telah diumumkan pada penghujung tahun lepas, dan kini kita sudah boleh melihat…